Khamis, 4 Jun 2009

MELAYU PERKAUMAN ATAU JANGAN BAGI MELAYU BERCAKAP

Hanya dengan sebuah artikel didalam Utusan Malaysia yang ditulis Awang Selamat ( seorang Melayu), beliau telah dituduh memainkan isu perkauman.
Sekarang ini orang Melayu sudah tidak boleh bercakap tentang bangsa sendiri sebab bila bercakap sahaja tentang orang Melayu ada sahaja kaum-kaum lain di Malaysia tidak berpuas hati.
Tetapi bila meraka bercakap tentang kaum mereka,orang Melayu kena diam dan tidak boleh bersuara.
Melayu semakin hari semakin terpinggir ditanah air sendiri. Ini lah akibat apabila Melayu tidak bersatu dan gilakan kuasa hinggakan tidak boleh bersuara langsung tentang hak-hak orang Melayu.
Jangan pada suatu hari nanti,orang Melayu akan menjadi semakin terpinggir seperti dinegara jiran dan juga seperti di Palestin. Kaum lain lebih dominan dari kaum asal tanahair tersebut.
Sedar lah wahai orang Melayu,kita tidak boleh lagi berdiam diri lagi.
Bersatu lah Wahai KaumKu
Jangan kita lupa lagu “Anak Kecil Main Api”
June 3, 2009

Tiada ulasan: