Salam semua. Maaflah. Aku sebenarnye bukan ler pakar Perlembagaan. Tapi ramai yang tanye aku pasal kes negeri Perak nie. Banyak perkara lah yang ditanye sampai aku penin sket nak jawab. And since aku baru buat demo n repot polis against Karpal Singh, aku paparkan lah serba sedikit pasal kecoh-kecoh isu kat negeri Perak nie. Kalau nak explaination panjang-panjang, sila ler email aku. InsyaAllah aku akan jawab. Kalau ader saper-saper yang lagi pakar, bagi ler comments sket. Jgn ler kedekut ilmu bro. Tapi aku kat sini nak komen satu la, yang tak de kene mengena ngan law. Aper ker bahlol diorang buat demo n lawan keputusan Paduka Seri Sultan Perak tuh??? And pakcik yang terlentang atas jalan halang kereta Raja Nazrin tuh, aku rase bangang nak mampus. Dia tak tau ker, Sultan/Raja Melayu nie our last line of defence against MALAYSIA MALAYSIAN. Kalau lepas nie semua negeri kat Malaysia pakat-pakat ada Gabenor jek, jangan marah anak cucu kalau maki kita pasal bagi Ah Kau jadik Gabenor Selangor, Thamby jadik Gabenor Perak, John jadik Gabenor Johor, De Souza jadik Gabenor Negeri Sembilan, Julia jadik Gabenor Kelantan ect...ect. Nasihat aku la, lain kali buat sesuatu pakai la otak sket. Aku memang marah...marah gile kat orang Melayu bangang camni. Ok la, malas membebel. Orang taksub and bangang nie cakap apa pun tak nak paham and dengar. So saper kenal diorang-diorang nie nasihat-nasihat la sket. Apa-apa pun nie ler serba sedikit yang aku leh bagi. Perkara 71. Jaminan Persekutuan terhadap Perlembagaan Negeri.
(1) Persekutuan hendaklah menjamin hak Raja sesuatu Negeri untuk naik takhta dan memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak dan keistimewaan-keistimewaan di sisi perlembagaan bagi Raja Negeri itu mengikut Perlembagaan Negeri itu; tetapi apa-apa pertikaian tentang hak naik takhta mana-mana Negeri hendaklah diputuskan semata-mata oleh mana-mana pihak berkuasa, dan semata-mata mengikut apa-apa cara, yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Negeri itu.
Perkara 181. Kecualian bagi kedaulatan, dsb., Raja-Raja.
(1) Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini, kedaulatan, prerogatif, kuasa dan bidang kuasa Raja-Raja dan prerogatif, kuasa dan bidang kuasa Pembesar-Pembesar Memerintah Negeri Sembilan di bawah wilayah-wilayah mereka masing-masing sebagaimana yang telah ada dan dinikmati hingga kini adalah tetap dan tidak terjejas.
(2) Tiada apa-apa jua prosiding pun boleh dibawa di dalam mana-mana mahkamah terhadap Raja sesuatu Negeri atas sifat peribadinya kecuali di dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian XV
Perkara 183. Tiada tindakan boleh dimulakan terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja kecuali dengan keizinan Peguam Negara sendiri.
Tiada tindakan, sivil atau jenayah, boleh dimulakan terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan olehnya atas sifat peribadinya kecuali dengan keizinan Peguam Negara sendiri.
LAGU KEBESARAN NEGERI PERAK
Dilanjutkan Allah usianya Sultan
Adil dan murah memerintah watan
Ditaati rakyat kiri dan kanan
Iman yang soleh Allah kurniakan
Allah berkati Perak Ridzuan
Allah selamatkan Negeri dan Sultan


















