Khamis, 28 Mei 2009

ANAK-ANAK COMEL KU
Takde apa yang boleh ku katakan kecuali aku sayang mereka.







SIME DARBY CONVENTION CENTER

Malam tuh pulak makan Chinese Food kat SDCC Bukit Kiara. Kali nie angah laks belanja makan. Ok la sedap gaks. Tapi anak2 aku tuh ... baik bebenor....hehehehe terima saje lah seadanye anak2 kesayang aku nie. Korang tengok sendiri la aper diorang buat. Ahaks. Salam.





HARTAMAS KIDZONE

Lepas balik drp Janda Baik, aku bawak bebudak nie gi KidZone kat Hartamas. Sini senang, leh tinggalkan diorang main sampai puas n aku pun surf internet la. Aper lagi update bolg PemudaSeputeh la. Kalau kat rumah banyak gangguan. So kat sini freeeee sket. Lapar leh order. Bebudak pun layan diri jek. Saper2 bapak2 yang tension kat rumah tak leh blogging ker or surffing ker...bawak lah anak2 anda ke sini. Hahahahah. Salam.




SEPETANG DI JANDA BAIK

Minggu lepas agak bz la jugak aku dan family. Memula aku bawak diorang gi melawat kem Sri Raudah. Aku anto bebudak Seputeh yang nak ambik PMR dan SPM gi kursus jatidiri menghadapi peperiksaan. Yerla diorang dah dok situ sejak Jumaat dan balik sok Ahad. So alang-alang dah dekat Janda Baik, aku pun gi la saner join along, angah dan kengkawan depa celebrate birthday along yang ke ........... kat sana. BBQ beb...pegi jek la kan. Lawa tempat tuh. Takde org laks tuh. Saper yg slalu tension tuh, pergilah ke sana. Tenang. Salam.



ADAM GI DENTIS

Hahahaha...nie anak aku. Malas gosok gigi so dia sakit gigi. Gi sana Doc cakap takde apa. Lerrrr gigi baru nak tumbuh laaaaaa. Patut la sakit gigi. Anak aku nie gigi cantik tapi kotor sket. So aper lagi scaling laaaaa.

Tapi walau pun gigi kotor, tapi tak berkarat. Slalu bebudah cam Adam nie, yag kuat makan gula ngan cokelat. gigi mesti karat n reput. Tapi so far gigi dia cantik lagi...cam gigi aku hehehehe.

Haaaaaa....nie Dental Clinic di. DENTALPRO. Memang proooo...maheeelllll tapi berbaloi la ngan ke kelasan klinik dan doktornye pakar, servis cepat, gigi bersih, tempat amat2 selesa dan boleh order air apa saja tanpa had (percuma daaa). Anak aku si Fahd nie memang suke ler tempat2 camni...and pasal ader kolam air tengah-tengah klinik nie.

Adam and fahad ajak aku gi sini lagi pasal diorang leh tengok cartoon sambil order air bebanyak...heheheh ada 10 customer cam aku bankrupt ler DentalPro nie. Hahahah. Sapa berminat gi DentalPro, klinik dia kat Bangsar.
ORG BALL

Hahahaha...korang pernah main Org Ball??? Kalau berminat ajak la aku. Kita gi main kat Titiwangsa. Hehehehe







Khamis, 21 Mei 2009

DUNIA DUNIA

Pada masa sekarang ni pelbagai perkara boleh berlaku,selain jenayah seperti ragut yang dari dulu hingga kini tetap tak dapat dielakan terutama kaum wanita,adalah tidak adil , menjadikan wanita sebagai mangsa.Kes kematian 2 wanita hamil menjadi tatapan di mana nilai kemanusian bukan menjadi nilai lagi,sedangkan dari kecil kita diajar untuk menghormati orang lain.

penipuan juga menjadikan wanita sebagai mangsa-dimana silapnya adakah kaum yang terkenal dengan kelembutan ini bergitu lemah hingga dijadikan mangsa penipuan.
Bangkit wahai wanita jangan biarkan dirimu menjadi mangsa penipu,mahupun jenayah lain.

kejujuran dan keikhlasan dalam berkawan adakah tidak ada nilai lagi .Mengapa perkara ini terjadi,cemburu mahupun pandangan berbeza sehingga kawan dijadikan musuh...atau perasaan rendah diri yang wujud dalam diri yang merasakan diri tidak setanding dengan rakan....WAHAI....temanku jika kita pernah berkenalan anda adalah temanku untuk seumur hidupku.


Hormat-menghormati semakin terhakis dimana kebenarannya?Golongan muda pada masa kini menjadikan facebook,friendster,my space sebagai medan luahan hati,menambah persahabatan,mencari kenalan mahupun sebagainya,adalahnya mereka mengunakan bahasa kasar kepada orang lain..namun harus diingat tidak semua orang muda yang anda jadikan kawan..terdapat juga golongan yang berusia..jadi jaga-jagalah bahasa anda..BAHASA BUDAYA BANGSA.


Rabu, 20 Mei 2009

HAPPY BIRTHDAY NINA

Selamat hari jadi...selamat hari jadi....
selamat hari jadiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii ninaaaaaaaaaaaaaa..selamat hari jadi.

-bad, cuk, adam & fahd-

Rabu, 13 Mei 2009

Selamat pagi. Hari nie aku nak perdengarkan sebuah lagu, Tanpa dari Six Sense. Ilmu nie Puan Balqis yang ajar. Terima kasih cikgu. p/s. ala cikgu, baru nak belajar memang ler lembsss

Sabtu, 9 Mei 2009

ANAK AKU POTONG RAMBUT LAGI

Hahahaha...nie kali kedua Fahd kene potong rambut kat kedai mamak. Selalunye kitaorang jek yang potongkan rambut dia or siti trim sket2 rambut dia. Kengkadang kesian gak tengok dia kene potong rambut nie. Huhahahah tapi nak buat camne...rambiut dia dah panjang sangat...neeway...potong jek...

Sebenarnye tak ler susah sangat nak suh dia potong rambut. Dia suke kene shave. Ntah ler...zaman aku dulu, pisau shave tuh ler yg aku aling takut. dia selamber derk jek.

Haaaaa...kan aku cakap dia selamber derk jek kene shave.

Tadaaaaaaaa...dah encem cam ayah...huhahahaha

Jumaat, 8 Mei 2009

OPIS KU KENE PECAH LAAAA
Hari nie 8/5/2009, aku dapat panggilan telepon drp staff aku dlm kul 8.45 nangis-nangis kater opis kene pecah. Takut n terkejut sampai tak berani masuk opis. Suh aku datang cepat-cepat. Aku pun bergegas ler ke sana.
Arghhhhhh tension aku. Maleh nak citer panjang-panjang. Nie jek yg dapat aku cerita. Tengah tension nieeee.....

Unit forensic tengah buat siasatan. CSI nie.
Nie la kerja perompak-perompak jahanam tuh.

Aku kalau dapat perompak-perompak tuh...mati aku kerjakan.


Nie gambo opis aku selepas kejadian

Ahad, 3 Mei 2009

BLOG BARU PEMUDA UMNO BAHAGIAN SEPUTEH

Since aku yang maintain blog pemuda nie, so aku promo la blog nie kat kengkawan. Kalau ader nak masukkan article ker (sama ada yg pro UMNO atau anti-UMNO [kritikan yang membina sahaja ok] akan disiarkan dengan nama peulis disertakan [kalau nak dirahsiakan sila bagitau dan kalau boleh bagi skali nama pena]). Tak kira la mana sekali pun parti anda, tapi untuk kebaikan bangsa kita, elok lah kita mengkeritik secara membina (aku pun ada bagi komen kat blog pemuda PAS. Tapi kritikan membina la. Tak baik kutuk-kutuk orang). Sila lah layari laman web PEMUDA SEPUTEH kami dengan gembiranya. Salam.

http://pemudaseputeh.blogspot.com

KENDURI TUNANG WANI

Pada tanggal 26 April 2009, Wani; adik Tajul Izham; biras aku dan merangkap suami kepada adik ipar aku; telah melansungkan majlis pertunangan dengan ...... (aku lupe da nama mamat tuh). Majlis berjalan lancar dengan aku merasmikan majlis makan-makan tersebut. Tahniah buat aku. huhahahahahah.




FAMILY WEEK

Ok...lepas celebrate birthday kitaorang pun memulakan Family Week kami. Family week nie, hari minggu bersama keluarga. Ni gambo kami kat Castle, Arab Restaurant. Menarik gak pasal kami dok tengok ASTRO dalam kemah arab. Hehehehe rase cam kat padang pasir laks.

Tapi cam biasa, Fadh memulakan perangai manja dia tuh. Buat hal lagi. Tapi tak pe la pasal makanan dia sedap, cepat (pasal aku regular kat sinun) dan murah (agaknye la kot)

Kembung gak la kami sekeluarga. Yer la, makanan arab nie banyak-banyak diorang sekali hidang. Nak pengsan kami ngabiskanye. Lagi satu malt arab dia (halal la) best gakz. Ada rase apel, strawberry, oren dll. Banyak gak kitaorang ngoder nyer. Ha tengok la makanan dia....banyakkkkkkk.

Haaaaaa.....yang nie esoknyer lak. Kami sekeluarga gi breakfast kat Restaurant Rasa Sayang. Hehehehehe bunyik cam tempat dangdut, tapi nie restaurant mamak la. Ok la menarik gakz. Tapi seperti biasa Fahd buat hal lagi.
BIRTHDAY...BIRTHDAY...BIRTHDAY

Minggu nie kami celebrate birthday Adam Hakeemi (campur belated and future birthday) Hana Yusof, Imtiaz Tajul dan Fahd Hakeemi.

Kek berapa banyak...hahahahahah tak terkira. Semua dapat sorang satu, kalu tak ader yangmerajuk dan menangis. Mak ayah dapat gak ker??? Cheh mana dapat da....anak-anak jek. MELAMPAU.