Isnin, 9 Februari 2009

Jangan Main-Main Dengan Saya...hehehehe

“Jangan main-main dengan saya” … Itulah kata-kata Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh yang aku petik kat dalam Utusan Online 9/2/2009. Kenyataan tuh dia buat pada 8/2/2009 kat Penang berkenaan laporan polis yang dibuat oleh Pemuda Tanjung dan Balik Pulau berhubung tindakan dia nak failkan saman terhadap DYMM PADUKA SRI SULTAN PERAK, SULTAN AZLAN SHAH.


Nie petikan lanjut dari Utusan Online “Mengenai laporan polis terhadapnya yang dibuat oleh dua pergerakan Pemuda UMNO di negeri ini Karpal berkata: ''UMNO tidak boleh ugut saya kerana sudah tidak mendapat kepercayaan dari rakyat pada pilihan raya umum yang lepas". Ditanya sama ada pihak polis telah menemuinya bagi mengambil keterangan berhubung laporan polis terhadapnya, Karpal Singh menjelaskan bahawa tiada polis yang datang bertemu dengannya setakat ini. – BERNAMA”


Rase-rase la kan…dia akan file tak saman tuh kat Mahkamah Tinggi Ipoh esok??? JAWAPANYA TIDAK… AKU PERCAYA SAMAN TUH TIDAK AKAN DIFAILKAN DI MAHKAMAH TINGGI IPOH ESOK(SELASA). Kenapa??? Kite tunggu dan tengok dulu apa alasan Mr. Karpal Singh. Nanti baru aku ulas.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jangan main-main dengan Melayu. Jangan-jangan main dengan Islam. Benggali dan bukan Benggali kena ingat ini semua.