SALAM kepada semua kengkawan. Ok la dulu aku ader cakap nak citer sket pasal camno ler kehidupan seorang pemimpin. Peringkat bahagian tau, bukan peringkat nasional atau yang pegang jawatan dalam Kerajaan. Yer la, korang tau ler camno hidup diorang nie sebenarnye. Pasal kengkadang biler call meeting la, out station la, jumpe menteri sana la, menteri sini la. PM panggil ajak bincang la....perghhhhh macam-macam. Tapi tah betul ker tak, aku tak berani jamin. But here, im telling you all how's my time being used. Yer la usually orang kater orang politik nie bz memanjang. Sampai takde time untuk kengkawan and Family. Family nak jumpe pun kene buat appointment. HAHAHAHAHAH...tah betul ker tak ntah. Takpe la, korang amik life aku sebagai guide so that the so called politician nie tak tipu korang.
Okieh, today is Saturday 21/2/2009.
Aku citer dari morning la. Pepagi bangun tido sembahyang subuh. Lepas sembahyang tido balik. Pastu dalam kul berapa tah wife aku suh bangun. Aku buat tak tau (hehehehehe as usual). Skali Fahd (anak no 2) terjah aku bising2 nak suh mandikan. So aku pu mandikan dia. Then ingat lepas tuh nak mandi, pasal aku ader program hari keluarga perwakilan Pemuda Wilayah. "Program Merapatkan Silatulrahim Perwakilan-Perwakilan Wilayah dengan Keluarga". Aku dah janji so mesti kene pergi laaaa. Janji dimeterai, kata dikotai. TAPI lepas mandikan anak aku, aku pun baring la jap. SKALI TERTIDO BALIK DAAA. Sampai ler sahabai aku Azha NKP Setiawangsa SMS bagitau dia pepagi dah ader kat situ. Tengok jam 10.30....perghhhh nasib rumah dekat. So mandi-mandi secukup rasa aku pun shoot gi sana. Sampai sana aku pun call ler kengkawan kat situh. Semua NKP Wilayah aku call sorang pun tak jawab. Hampas, mesti semua tengah mandi. Aku pun try gak call one by one. Skali Azha balas kater dia dah balik. Yang lain tengah berSUKA RIA. Uwaaaaaaa......Aku try lagi SMS and call one by one. cukup 30 minit aku pun chow la gi lakz ker Warta Sungai Besi pasal kul 1 ada Pertandingan Bowling.
BAWAH NIE CITER PASAL BOWLING LAKS
KEJOHANAN BOWLING PERPADUAN 2009
ANJURAN KOMUNITI BESTARI KEP
Game start kul 2. Biasak la org Melayu kiter. Set kul satu, sejam lepas tuh baru nak datang. Yang awal saya ucapkan tahniah pasal menepati masa. Yang lewat-lewat tuh lain kali jangan datang lagi. Menyusah kan penganjur jek (aku bukan penganjur tapi aku sakit hati biler majlis start lewat biler star-star nie buat hal). Pastuh biler lewat, tak kasi main bising. Orang dah kater borang hantar awal-awal senang nak booking lane. Nie nama dah la tak bagi, borang pulak tak hantar, tau-tau datang lambat bawak body nak main. Player pun tak cukup. Pastu biler tak kasi main nak marah-marah. Sendiri nyer salah pun mau bising ka??? aper daaaa.....udah-udah ler kerja menyusahkan orang. Nanti kalau ler hang yang kene handle programm baru ler hang tau susah senangnyer. Ok lah kite pasal program nie laks. Nie program anjuran Komuniti Bestari dan Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan. Program bersama Pemimpin Seputeh dan NGo's-NGO's tempatan dan Agensi Kerajaan setempat. Meh kita mula tengok gambar. Opssss....sori gambar pudah pasal lupe bawak camera. pakai camera phone jek. Ok la kan.

Nie gambo Ketua Bahagian (yg pakai baju biru perut beso). Yang Baju merah berdiri tuh Dino. Yang ada skali Untie faridah (S/U Wanita), Untie Izan Naib Ketua Wanita, Untie Leha n anak.












So ini ler kegiatan aku seluruh hari Sabtu. Lepas abis bowling dalam kul 7.oo ptg. Gi sembahyang n makan malam bersama keluarga di rumah. Pastuh aku terus rehat tak kuat mana-mana dahm malam tuh. Wehhh mana larat beb. Penat gilos. Lamer tak main bowling pastuh kene main 3 frame. Ingat satu game jek. Time-time camnie aku teringat kat Arwah Azhar. Dia suke main bowling. Al-Fatiha kepada Arwah Azhar dan Arwah Mohd Azrul Nizam, adikku. Semoge roh mereka berdua berada dikalangan orang-orang yang soleh. Al-Fatiha................................ Neeway....its a nice game friends....Salam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan