Khamis, 29 Januari 2009

Bandung Vacation - Part One

[Adik] Weeee...., look at my bags. I'm going to Bandung bebeh.


[Adik] Yeh...yeh..yeh...yeh......Here i goooooo




[Adam] Ahaks, who says I'm going to bring Adik along...burrrrrr



[Adam] Ayahhhhhh......You said we gonna leave Adik at home. You promise.
[Adik] Weeee...I'm gooooing to Bandung...I'm going to Bannnndung
[Ayah] Iskkkk......Adam, kalau tinggal adik...nanti mama cekik kite nanti la



[Adik] Weeeeeeee.....Bandung...Bandung...Bandung



[Mama] Adam, What's wrong with you???

[Adam*Talking to himself*] Boring la, Adik ikut sekali. Mama tak tau. I cannot control adik you know.

[Adik] Abang Mi...I'm going to Bandung...Weeeeeeeeeee...


[Adik] Mama......Ape tuh. Adik nak.


[Mama] Adikkkkkkkk......buat apa kat cockpit tuh. Meh sini...meh siniiiiiiiiiiii......

[Adik] Vroooommm... vroooooommmm... Weeeeee... Bandung... Weeeee






Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz









Alast.......I got my peace.........huhhhhhhhsssssssssssss





[Imtiaz] Mama......why Abg Mi and Adik quiet???

[Mak Teh] Syyysssss...tido...tido...kang diorang bangun kang tak sampai kita kat Bandung. Tido...tido


[Adik] Mama......Bandung......Bandung

[Adik] Mama......Weeeeeee

[Mama] Hehehe......Suka ati adik laaa...





[Pak Teh] Bad, barang banyak nie......kita pindah ker apa nie??? Sapa nak angkat nie???



[Siti, Mak Teh, Mama] Angkat yaaa.....jangan pandang kitaorang...itu kerja bapak-bapak

[Adam] Adik...adik...tuh...tuh...swimming pool laa

[Adik] Mane...mane...Wuyooo...Abang Mi...air...air





[Pak Teh] Mas, air bandung satu yaa

[Waiter] Kok goblok bapak ini. Dimain-main kan gue. Kok mana ada Bandung dibuat nya air...




[Mak Teh] Cis, digoblokkan nya laki aku.

[Imtiaz] Mama......whats goblok.

[Mama *Dalam hati*] Ezan.....pleaseeeee la jgn mintak mee bandung.

[Mama *Dalam hati*] Arghhhhh......dia mintak gak mee bandung tuh
[Mak Teh] You...you...jangan dok bawah meja lagi. Bad pun kene goblok ngan waiter tuh...Hehehe...you dah ada geng.
















Ini semua food yang kami order (Sebahagian jek)






























[Pak Teh] Emmmm......nyum......nyum

[Mak Teh] You...You...Makan lagi you. Banyak lagi nie. Sapa nak makan.

[Mama] Eh ellow...Kak Cuk ngan Bad baru nak makan.

[Siti] Isk...isk...buruk lantak anak menantu aku nie



[Imtiaz] Mama, babah.......where all the food???

???????????





...beRSaMBuNg La pULak...

Selasa, 27 Januari 2009

Victoria Institution Cadet Corps Band, Estb 1909





...From the days of 1909, till this very present days...










...We are always been the very best, in every single way...











...For the honor and the glory, all occasion we will rise...






VICC BAND 1909-2009



Hahahahahah…… eh gelak pulak… Sori. Salam… Ha, baru leh gelak…… huhahahahahahahah… Nak tau naper aku gelak??? Ini gambar tahun 1993. V.I. 100 years. Mase tuh aku kurus lagi…Hahahahaha.

Ok la aku perkenalkan dari kiri ke kanan (duduk) Ruben Emir Gnanalingam, Farid Khalid, Asrul Satria, Shazlan Saphian, Shahriman and aku, Mohd Badrul Ezan.

Dari kiri ke kanan (berdiri) Lupe Nama, Dzulkarnian Omar, Anand Raj, Lupe Nama, Khairul Azrin, Lupe Nama, Lupe Nama, Jeeva Kumar (skarang Jay) and Imran Kamal.

Ok kenapa aku pamerkan gambar nie??? Senang jek. Tahun nie Victoria Institution Cadet Corps Band (VICC) dah 100 tahun. Tak lama lagi kami nak buat gathering. Lantak ler aper org nak kata, nak kutuk ker, peril ker. Yer la band boy. Cam auok jek bunyik kan. Cam kami nie pondan-pondan jek. But the truth is…perghhhhh seksa gua cakap lu. Macam masuk askar. Kene buli, kene dera dan kene seksa (seksa dak ler…tapi aku rase seksa la). Sepanjang 4 tahun (sepatutnye 5, tapi tahun ke 5 aku dah jadik Raja) aku dalam Band, hidup nie tak tenteram. Takut jek. Taku kene ragging, orantation atau Officer dajal kan kami. Tapi bile dah form 4…hehehehe…jangan cerita la. Memang setan giler. But then aku bukan nak bukak cerita pasal dulu-dulu sangat. Tapi pasal baguihnye ada mende-mende macam nie. Firstly, memang Band nie create brotherhood. 5 tahun aku masuk Band nie cam gi perang. Pasal org kater la kan (aku tak pernah gi war) “friendship build during war, is the friendship that will last forever”. Aku rase betul la, pasal aku ngan batch aku dalam Band sampai skarang still lepak2 lagi (Jep, Luth, Farzwa and Russell [in fact aku memang lawyer Russell, OFFICIALLY.])





Secondly, dari form 1-3, Band nie didik aku dengan displin yang ketat. Expecially tanggungjawab memegang jawatan. Aku cakap kao, masa dalam Band, lepas jadik NCO (Non-commission Officer, i.e. Lance Corporal ke atas. Selalunya form 4 ke atas) aku ader absolute power. ABSOLUTE POWER. Tak tipu. Yerla, umur dalam 16-17 tahun kao ader power camtuh. Korang leh buat apa sahaja kat subordinate korang. BUAT APA SAHAJA TAU. NO KIDDING. La nie tak tau la kan sama ada wujud lagi ker tak mende-mende camtuh kat Band tuh? So bayang kan kalau dalam umur tuh ada absolute power, tapi takde guidance, tak hancur hidup. So dari form 1-3, kami di train untuk menjadik pemimpin yang bertanggungjawab la. That’s why gaya aku masa kat Band nie, yang aku terikut-ikut sampai sekarang. Lagi satu, kami di didik untuk always fikirkan yang terbaik for the whole corps. Maksud aku tak memikirkan individu. Kita buat as a team. Kat sini jangan salah faham. Life kami seharian memang terjadik camtuh. As a team. Hidup kami dari form 1 till 5 memang bersama. Aku, Jep, Luth, Farzwa and Russell memang hidup bersama. Kami pindah randah kejap dok rumah Luth, kejap rumah aku, kejap rumah Farzwa, kejap rumah Russell. Sampai mak bapak kitaorang pun tau mana nak carik kitaorang. Kengkadang tuh seminggu tak balik rumah. Dok pindah randah. Baju aku kat rumah Luth, berus gigi Luth kat rumah Farzwa, kerja rumah Farzwa kat rumah Russell. Camtuh jek la idup kami. That’s why friendship kami still exist sampai la nie. Sampai kalau salah sorang gi dating pun, kami ikut skali. hehehehehehe.
Orang mase tuh cakap, aper la korang nie gile ker??? Ingat lepas skolah nanti pakai ker benda-benda camtuh??? SEKARANG AKU CAKAP, saper kater tak pakai. Aku Berjaya to this level pun because of those days (rendah lagi la level tuh. Bertingkat lagi nak panjat). Aku start politik masa dalam Band lagi la. Saper cakap Band takde politik??? Politik beb. Camno nak naik pangkat, camno nak bodek HM untuk budget, camne nak kawal bebudak, camne nak pastikan Board ikut cara kita. Gaduh ngan Guru Penasihat yang songlap duit budget kami. Perghhhh… susah beb. Kalau buat function xpecially Tatto, lagi banyak politik. Masa tuh, function kami handle from A to Z. Sekolah hanya bagi budget. Itu pun cipot. Lain2 sponser carik sendiri daaaa. Camno nak deal ngan DBKL, Polis, Tentera, VIOBA, Kementerian, supplier dan lain2 lagi la. Banyak pengalaman yang mana aku leh cakap 70% berguna untuk masa akan datang.

Kalau tak kerana brother2 Officer aku tuh, maner aku nak lulus SPM beb. Maner nak belajar sampai dapat LLb beb. Masa dalam Band, aku belajar survival, educationally and practically. Camno nak survive? Cause only the best survive? Tak best, lingkup laaaaaaaaa. Tuh la, aku rase Govt kene buat mende2 camni kat kiddo kita la nie. Diorang nie banyak poyo. PLKN pun cam gi summer camp jek. Cam gi happy-happy jek. Patut buat cam Singapore tuh. Kene bebetul national service. Tapi aku paham leadership kita memikirkan political ramification kalau buat betul-betul cam Singapore. Bahaya gakz ooooo. Tapi la kan, kita nak didik kiddo kita nie tak leh amik masa singkat cam 2-3 bulan. Makan masa panjang oooooo. But then kita fikirkan something la utk kiddo kita nie. Something yg memang akan mendidik kita supaya lebih ber responsible, survival, mentally prepared for the world at large, berilmu, beragama dll. Pasal la nie kiddo kita lemah. Tengok berapa ramai yg bunuh diri for small2 matter cam putus cinta la, fail exam la… dll lagi. We have to change the society. To change the society it takes not a day, not a week, not month but years of planning and patient. And its not only Govt and parents punye responsible jek tau. Kita as an individual, grown up individual and Malaysian have to take part mendidik bangsa kita. To cut things short, what i ment is that we have to do something so that kiddo nie akan terbimbing lah dan tak kurang ajar sangat. WHY I SAY THIS, cause I don’t want my kids to grow up to live in the world as we sees now. ADIOS. VIVA VICTORIAN . Salam

Isnin, 26 Januari 2009

Arah & Tuju


Setiap manusia mempunyai impian yang berbeda. Tapi mempunyai arah dan tuju yang sama. Iaitu menemui Penciptanya. Perjalanan hidupku di dunia ibarat berehat seketika mengumpulkan tenaga yang hilang dan kemudiannya kembali berarah ke destinasi yang dituju. Sampaikah aku ke destinasi???

Sahabatku, Saudaraku, Noor Azhar Bin Hassan
…dalam kenangan…


Ahad, 25 Januari 2009

Perginya Seorang Sahabat, Saudara dan Pejuang...

Salam,
18 Muharram 1430 hijrah / 22hb Januari 2009

Semoga Allah s.w.t mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Noor Azhar Bin Hassan yang telah meninggalkan kita akibat kemalangan jalanraya.

Al-Fatihah

Arwah merupakan seorang kawan kami yang terbaik. Baik dari segi budi, bahasa, perwatakan, ilmu dan agama. Memang susah nak dapat kawan macam arwah nie. Pada hari kematian Arwah, semua kawan-kawan Arwah ada bersamanya kecuali aku and Tajul. Kami merasa sedih dan terkilan pasal masa tuh kami kat Bandung, Indonesia bersama keluarga. Kami tak dapat berjumpa Arwah buat kali terakhir. Apa yang mampu kami buat hanyalah berdoa untuk Arwah. Dan baru hari nie kami kembali dan terus menziarahi pusara Arwah. Masa kejadian, aku dapat panggilan lebih kurang kul 2.30 petang. Aku tak dapat dihubungi oleh kawan-kawan yang lain pasal phone tak roaming. Tengah sedap-sedap shopping, mak aku tel wife aku n sampaikan khabar mengenai kematian Arwah. Fera yang maklumkan pada mak aku. Aku n Tajul macam tak percaya. Rasa cam diorang saje nak main-mainkan kami. So aku tel Siti (wife Arwah). Dan dimaklumkan oleh Siti sepertinya. Sedih kami Allah s.w.t sahaja la yang tahu. Kawan dan sedara ku pergi menyahut panggilan Illahi. Kami redha dengan ketetapan Mu Illahi. Al-Fatihah.

Aku kat sini bukan nak tribute ker kenangan ker aper ker? Tapi aku baru tersedar that selama ini aku slalu take things for granted. Banyak perkara-perkara kecil yang aku ambil tak endah. Pasal aku rasa masa banyak lagi, lain kali leh buat. Aku tak sedar bertapa sayangnya isteri aku kat aku. Bertapa sayangnya keluarga aku kat aku. Bertapa sayangnya kawan-kawan aku kat aku. Bila pemergian Allahyarham, baru aku merasakan. Bila aku tengok muka parents aku, wife aku, anak2 aku, siblings aku, kawan2 aku tadi, baru aku terasa yang selama nie aku slalu neglect diorang. La nie baru aku terasa kalau aku kehilangan mereka atau mereka kehilangan aku, bagimana kehidupan ini? Mase tuh barulah nak kata, kalaulah aku buat itu, kalaulah aku kata ini, kalau lah macam2 lagi lah. Tapi itu pada masa itu semuanya dah berlalu, dapatkah kita kembali kepada masa lalu untuk memperbetulkan nya??? Apakah pada masa itu baru kita nak menyesal??? Macam Arwah, apa yang dia tak pernah tolong aku n kawan-kawan. Walaupun dia tengah susah, tak pernah lagi aku dengar dia kata 'tak' kalau kami mintak tolong. Dia selalu pikir camne nak tolong kawan-kawan dia yang kengkadang kerja tak de, duit takde, masa depan macam tak ada. Dia selalu gadoh ngan kawan2 aku pasal nak suh diorang carik kerja, nak suruh ubah taraf hidup. Nak suruh berjaya. Walaupun dia bukan dari keluarga senang, tapi dia tak pernah susah nak tolong orang. Dia selalu pikir orang lain daripada diri dia sendiri. Dia tak pernah berhenti berusaha nak mempertingkatkan lagi taraf hidup dia dan keluarga. Walaupun dia dah kerja, tapi dia still lagi nak belajar. Pasal dia nak berjaya. Pasal kalau dah berjaya baru senang dia nak tolong orang. Nak tolong keluarga dia, kawan kawan dia dan nak tolong bangsa dia. So bila Arwah tiada, baru aku terfikir. Kenapa aku tak macam dia. Kenapa ada kawan-kawan aku tak macam dia. Kenapa bangsa aku tak macam dia. Apa tak kene dengan kita nie??? Apakah hidup kita untuk harta dan nama saja??? Bila berharta, ada nama, baru dipandang mulia ke??? Mana nilai-nilai kemanusian kita??? Nilai kekeluargaan kita??? Nilai persahabatan kita??? Berapa banyak masa kita untuk bersama keluarga??? Berapa banyak masa kita untuk mendengar rintihan dan keluhan kawan-kawan kita??? Berapa kerap kita fikir untuk bangsa dan agama kita???

Kita selalu terlupa, hidup nie bukan wayangan saja. Depan orang kita baik, dengan keluarga kita macam lagak macam singa. Depan keluarga kita pijak semut pun tak mati tapi dengan orang luar hebat macam kita lah raja. Kita dah kurang rasa sayang pada diri kita. Kita buat untuk orang saja. Kalau kita tak sayang diri kita sendiri, camne kita nak sayang keluarga kita??? Camne keluarga kita nak sayang kita??? Sayang kawan-kawan kita??? Sayang bangsa kita??? Kita macam dah lupa camne rasa sayang tu kan??? Rasa sayang bukan dengan wang ringgit la. Bukan dengan nama dan darjat kita. Tapi dengan rasa ikhlas dari hati. Kita tak sayang orang tapi kita nak orang semua sayang kita. Sedih kan hidup kita nie. Sepatutnya kita kene sayang diri kita. Baru kita boleh sayang keluarga kita. Bila kita dah jadi keluarga penyayang, baru kita boleh sayang kawan-kawan kita dan masa tuh semua orang akan sayang kita kembali. Dan kita akan sentiasa sayang sesama sendiri. Baru lah bangsa kita kuat. Barulah agama kita kuat.

Mungkin nie bahananya bila material dah menguasai masyarakat kita. Dalam sedar tak sedar kita pun ikut berubah. Berubah kepada material. Kita buat untuk sesuatu. Kita buat untuk nama. Kata ikhlas hanya di mulut, di hati tiada. Bila Arwah tiada nie, baru aku teringat balik kebanyakan mende yang dia selalu cerita kat aku. SAYANG KELUARGA, SAYANG ANAK BINI KAO TUH. KAO INGAT DUIT, HARTA, NAMA LEH GANTI KASIH SAYANG KELUARGA KER? KALAU KAO SAYANG DIRI KAO SENDIRI, SAYANG KELUARGA, INSYAALLAH KEHIDUPAN KAO OK. Dulu aku dengar camtuh-camtuh jek. La nie aku rase apa kata dia tuh ade betulnye. Asas hidup kita sebenarnya adalah cinta pada Allah s.w.t. Cinta pada diri kita. Cinta pada keluarga. Bila ada cinta dan kasih sayang, kita tidak akan rasa keseorangan. Kita akan saling ingat mengingati dan bantu membantu. Kita akan sentiasa buat yang terbaik untuk mereka, dan mereka juga akan buat yang terbaik untuk kita. Kita patut kembali kepada kekeluargaan. Sebab tuh kita panggil saudara sesama Islam. Kita sebenarnya satu keluarga. Jangan biarkan material, mende2 tak kekal nie menguasi diri kita.

Semoga Allah s.w.t mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Noor Azhar Bin Hassan

Al-Fatihah

Kepada saudara-saudara ku yang membaca, saya mewakili balu, dan keluarga Allahyarham ingin memohon kepada saudara-saudara semua jika ada salah dan silap Allahyarham, diharap diampuni lah beliau. Dan jika ada hutang-hutang atau perkara-perkara yang tertangguh, saya mewakili balu dan keluarga Allahyarham ingin memaklumkan bahawasanya saudara-saudara bolehlah menghubungi saya untuk menuntut kembali hutang-hutang tersebut. Salam

Dan nasihat saya kepada seorang mak cik nie (ketua wanita cawangan yang menyokong kuat mantan ketua bahagian seputeh) yang sanggup mengeluarkan ayat "padan muka. nie la balasan orang yang tak sokong hisham majid". Allah......makcik...bertaubat la. Bertaubat la selagi masih ada masa. Sesungguhnya makcik, pernah makcik pikir tak 3 perkara yang telah dijanjikan Allah s.w.t sebelum kita dilahirkan iaitu hidup mu, jodoh mu dan mati mu. Makcik, perginya Allahyarham bukan kerana tak menyokong hisham majid, tetapi menyahut panggilan Illahi. Kerana Allah sayangkan Allahyarham. Saya berdoa kepada Allah s.w.t semoga umur makcik dipanjangkan supaya makcik sempat bertaubat dan memohon maaf kepada balu dan keluarga Allahyarham atas kata-kata makcik tu. Kepada yang membaca dan mengenali makcik tu, harap-harap dapatlah menyampaikan pesan saya ini kepada makcik tuh. Salam.

Ahad, 18 Januari 2009

UMNO Tidak Relevant

18 haribulan Januari 2009

KEPUTUSAN PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN KUALA TERENGGANU

Wan Ahmad Farid (Barisan Nasional / UMNO) - 30,252 undi

Abdul Wahid (Pakatan Rakyat / PAS) - 32,883 undi

Azharudin Mamat (Bebas) - 193 undi

Undi rosak - 665 undi

Jumlah keluar mengundi - 63,993 pengundi atau 79.9 peratus

Jumlah pengundi berdaftar - 80,229

Jumlah keluar mengundi pada pilihan raya umum pada 8 Mac 2008 - 66,231 pengundi atau 82.45 peratus

Pada PRU 12, calon BN iaitu Allahyarham Datuk Razali Ismail menewaskan dua calon iaitu calon Pas, Mohamad Sabu dan seorang lagi calon bebas iaitu Maimun Yusuf dengan majoriti 628 undi.

Sejak kekalahan BN/UMNO pada pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu, banyak suara-suara yang mengatakan UMNO tidak lagi relevant di kaca mata rakyat terutama sekali di kalangan pengundi atas pagar dan pengundi muda. Dan perkataan yang sering bermain di mulut mereka kini adalah UMNO TAK RELEVANT DAH. Maka dengar pulak kata-kata orang kita (orang UMNO la) "kita kene buat penjenamaan semula UMNO nie, kita kene meremajakan UMNO". Hahahahahaha.......nak tergelak rasenye dengar. Nak "meremajakan UMNO". Aik, UMNO dah lebih 5 dekat pun kita nak meremajakan lagi ke? Nak buat gono??? Plastic surgery ker??? Aku sebenarnya memang tak setuju dengan mende nie. Sapa kata UMNO tak relevant. Kita kalah hanya kurang drp 3 ribu undi jek. Kita dapat hampir separuh undi. Cume Depa kerja keras sikit dan janji lebih sikit drp kita. Tuh yang menang tuh. Dan banyak ler faktor-faktor kecil lain yang mempengaruhi undi kali ini. Tapi kalau sampai hilang wang pertaruhan baru le boleh cakap UMNO tak relevant dah. Kalau tak.....baik pikir semula.

La nie buat apa kalut-kalut orang UMNO kita nak "meremajakan UMNO" nie. Kang terlampau remaja kang tak matang lak jadiknye UMNO nie. Sepatutnye kita memikirkan bagaimana nak memenangi hati rakyat setiap kelompok, baik Melayu, Cina atau India atau apa bangsa sekalipun. Maksud "kite" nie, SEMUA ORG UMNO. "Rakyat" lak maksudnya SELAIN DARIPADA ORANG UMNO. Ini tak. Kita org UMNO lak yang lebih-lebih kondem UMNO. Itu tak betul lah, ini tak kene lah. Itu kene tukau lah, org ini kene ganti lah. Rakyat tak tahu menilai pemimpin lah, generasi muda tak kenang budi lah, pemimpin atasan salah pilih calon lah, masalah dalaman politik sesuatu kawasan lah, dan macam-macam lagi tuduhan sampai poning kepala memikirkanye. Tapi, yang tak salah jugak ialah orang UMNO kita jugak. Haaaaaaa kat situ lah sebenarnya salahnye kite orang UMNO nie. Bile kite sebut UMNO jek mesti merujuk kepada pemimpin atasan baik di peringkat cawangan, bahagian, perhubungan mahupun nasional. Kalau salah sume depa. Abis yang kat bawah-bawah nie tak salah. Kalau diorang salah, maknenye kita pun sama-sama salah tau. Diorang tak lantik diri diorang dok kat situ, tapi kite yang pilih diorang tuh dok kat atas nun. Lepas kite pilih diorang tuh dok kat atas, kita biarkan. Diorang buat salah kite biarkan. Diorang buat masalah kita biarkan. Tapi bile dah jadik camni baru kite sebok-sebok nak salahkan depa. Selama nie kita buat apa??? Tido??? Sepatutnya, kalau terjadik lah apa-apa yang tak elok kat Malaysia disebabkan kesilapan membuat keputusan pemimpin-pemimpin UMNO kita, rakyat Malaysia sebenarnya ada hak nak maki hamun kita sebagai ahli UMNO. Sebabnya kita yang memilih Presiden hingga ke ketua cawangan. And depa yang kita pilih nie yang memerintah negara. So tanggungjawab nie bukan depa jek, tapi ngan kita-kita sekali tau. Berat tanggungjawab ahli kepada Parti Memerintah nie. Jangan buat main-main suka-suka pilih pemimpin.

So, kenapa pemimpin atasan jek yang kene pikir macam mana nak menarik hati rakyat. Kenapa kita semua tak sama-sama cuba memenangi hati rakyat. Apsal sume serah kat depa.......Bile cakap camtuh pandai lak korang menjawab. "Eh itu tanggungjawab depa la...kita dah pilih depa, kene la depa buat kerja" Ooooooooo pandai la korang. Bile nak bertanding, nak kan jawatan, semua kata "...eh aku bayar RM1 la, sama macam si polan tuh. Abis aku tak leh lawan ker???...". Bila nak dapat peruntukan atau bantuan atau projek "...eh aku bayar RM1, apsal aku tak leh dapat?..." tapi bile suh buat kerja banyak lak alasan korang ye.

Sebelum aku membebel panjang kat sini meh kite tengok apa masalah sebenarnye UMNO nie??? (sebahagian jek yang aku tahu, pada pendapat aku la)

1. UMNO terutamanya pemimpin-pemimpin dari peringkat nasional hingga ke cawangan khasnya dan ahli UMNO umumnya masih tidak dapat mengasapi keinginan masyarakat setempat dan rakyat Malaysia. Diorang masih lagi berpegang kepada sifat UMNO untuk org UMNO. Sepatutnya UMNO untuk rakyat Malaysia la. Ini tak......asik2 kalau ada majlis je, jemput org UMNO jek. Ada bantuan bagi org UMNO jek. Kenapa kita tak bukak bagi org luar joint sekali. Kenapa masuk UMNO baru dapat joint majlis, baru dapat bantuan, baru diberi perhatian. Macam rasuah pulak ek. Masuk UMNO dapat, tak masuk UMNO tak dapat. Camno rakyat nak merasa berterima kasih kpd UMNO??? Cuba kita ikhlas bagi, bantu secara ikhlas, tolong ikhlas, jemput ikhlas. Nanti diorang pun ikhlas le ikut kita. Baru orang menghargai UMNO dan orang-orang UMNO. Rase2 la kan, orang UMNO sendiri pun pun tak berapa menghargai bantuan tuh. Maklumlah dah biasa dapat. Bila tak dapat melenting. Diorang rasa semua bende nie hak dan privilege diorang masuk UMNO. Pasal pada diorang UMNO WAJIB BAGI MEREKA, PASAL MEREKA MASUK UMNO. Hahahahahahaha..........kolotnye pemikiran. Udahlah....kita ubah la. Jangan jadik macamtuh. Kita kene ikhlas. Orang UMNO kalau nak tengok UMNO memerintah lagi 100 tahun, kene banyak berkorban. Gunakan peruntukan yang ada utk tarik orang datang, kembali dan sayang kepada UMNO. Bukan berebut sama sendiri, nak bolot peruntukan tuh. Kengkadang tuh peruntukan cawangan.....semua suku sakat Ketua Cawangan lah, Pemuda lah, Puteri lah, Wanitah lah dan macam2 lagi. Layak tak layak belakang kire. Allah....bukan banyak pun. Bagi la kpd yang memerlukan. Buat org sayang kat UMNO dan bukan buat orang benci kat kita ORG UMNO.

2. Banyak pemimpin-pemimpin UMNO secara keseluruhanya dah terlampau berumur. Dah terlepas umur. Expire katanye. Kite kene banyakkan pemimpin-pemimpin muda. Ini tak...kalau ada jek yg muda2 dan berpelajaran sikit nak masuk UMNO, mule la rasa terancam la, rasa nak kene lawan la, nak kene guling la dan macam2 lagi. Lepas tuh block diorang drp masuk UMNO. Block diorang drp joint aktiviti UMNO. Tak jemput diorang? Bile yang muda nie cakap lebih sikit, tegur secara baik, mula la kecik ati la, terasa la dan macam macam lagi. Tudugh diorang kurang ajar la, tak kenang budi lah. Bile mereka nak buat aktiviti tak kasi, sabotaj, block. Tapi bile mereka buat sendiri, yang veteran nie marah la, kecik ati la, pasal tak refer diorang. Nie nak pesan sikit la, kalau asik nak kecik hati je, jangan masuk politik. Politik nie untuk berjuang. Kalau nak berjuang hati kene keras hati. Pejuang nie cekal. Kecik2 hati nie selalu nye org pompuan n pondan jek selalu buat. Org pompuan pun skarang dah keras hati. Macam nie nak jadik pemimpin? Sudah la, letak jawatan dok mesjid lagi baik daaaaaaaaa.

3. Pentadbiran UMNO dah terbalik. Sepatutnya dari cawangan ke nasional. La nie dari nasional ke cawangan. Kita banyak nak jaga hati orang atas daripada nak jaga hati ahli UMNO kat bawah nun dan masyarakat sekeliling. Sebagai contoh la kan, Cube tengok kalau ada majlis penyampaian bantuan, bantuan hari raya ker anak yatim ke, apa ker. Kalau jemput VVIP, mesti ada cenderahati. Cube tengok, makanan VVIP n cenderahati tuh kosnye berapa???? Silap2 kalau kire2 lagi banyak drp jumlah keseluruhan bantuan tersebut. Bantuan ader la dalam RM10, RM50, tak pun RM100. Kita buat majlis nak rai diorang ka VVIP. And then apabila kita buat sesuatu keputusan, kita kata untuk kepentingan ahli kat bawah nun. Tapi sebenarnye banyak yang nak sedapkan hati org kat atas nun. Buat ketetapan, resolusi, dan lain2 semua nak kene tengok apa kata org atas. Takut nanti kene ban la, SB panggil la. Macam2 la. Woi, SB baru panggil dah takut. Cheh macam nie camne nak berjuang. Camno nak berperang. Baru kene sergah dah melatah, dah lemah semangat. Pemimpian apa camnie. Pemimpin taik kucing. Bile orang bawah suh bawak ke atas sesuatu perkara, TAKUTTTTT. Kita kene ingat keputusan kita kemungkinan besar akan mempengaruhi kehidupan rakyat Malaysia seharian kerana kita nie PARTI MEMERINTAH. Camne orang atas nak tau kalau kita tak berani bagitau diorang? Camne diorang nak buat keputusan kalau fakta tak de??? Pemimpin-pemimpin kite tau ker camne kehidupan rakyat seharian. Bile pemimpin2 UMNO nie last skali naik bas, makan sardin, makan meggi, kereta kene tarik??? Susahnya nak cari kerja. Memang la dulu ada diantara diorang nie macam kita. Tapi itu dulu. Sekarang nie??? Berapa ramai pemimpin kita dulu yang macam kita, tapi la nie Sultan tengok pun jeles. Yerla hidup lebih dari Raja. So, bile mereka tak rase, camne mereka-mereka nie nak tahu kehidupan rakyat jelata. OOOOO refer akar umbi??? Sape akar umbi yang diorang refer tuh??? kaki2 bodek sekalian ker??? Ah diorang memang ler cerita best2 jek? Nak idup ler katakan. Sebab dengar kata akar umbi yang membodek nie lah UMNO hilang majoriti 2/3 kat parliamen. Kita tak dengar kata2 rakyat. Kita dengar kata2 kaki bodek yang tak tau apa2 atau tak berani cakap apa2. Kita nak jadik pemimpin nie kene slalu dengar maki hamun, caci maci. Bukan yang sedap2 jek. Bile sedap-sedap sampai ke kayangan ler kite. Bile kene maki hamun kita kene senyum n dengar. BETULLL KER kata2 diorang tuh? Kenapa diorang cakap camtuh. Pastuh selidik n bile dapat keputusan bertindak. Kalau salah minta maaf dan betulkan. Kalau kita betul pedulikan mereka. Kalau tak tahan maki hamu n asik nak kene puji jek.....BERENTI JADI PEMIMPIN gi buat business. Dengan erti kata lain, selalu2 slalu lah dengar rintihan rakyat jelata. Buat keputusan untuk rakyat jelata bukan untuk bodek org atasan.

4. Pemimpin UMNO dah kurang berperanan di kalangan rakyat Malaysia. Yang nie betul. La nie nak dapat sokongan buku pinjaman sekolah pun org tak mintak dah cop2 pemimpin UMNO cawangan. Takut kene reject pasal ada cop UMNO. HAAAAAAA.......apa makna nyer nie??? Orang malu ngan UMNO. Dalam kerajaan banyak pembangkang. Pemimpin UMNO takut guna/tunjuk kuasa. Camne nak buat??? Pemimpin UMNO pun org tak respek.

5. Orang UMNO banyak pilih pemimpin yang tak bermutu. Yang nie dah tak tau la camno nak komen.

6. UMNO itu kerajaan, dan Kerajaan itu UMNO. Tapi Kerajaan (pemimpin-pemimpin UMNO) tunduk dan takut dengan jentera kerajaan (Pegawai-pegawai kerajaan). Kenapa jadik camnie??? Sepatutnye KSU-KSU n Ketua Pengarah Jabatan2 atau Agensi2 kerajaan kene takut n hormat pemimpin UMNO. Nie idak. Diorang lagi berkuasa. Lagi ada besar kuasa sampai kengkadang pak-pak menteri nie pun naik takut ngan mereka. Alasanye, diorang nie kite susah nak buang. Kita nie lain sikit, hari nie mungkin menteri, sok luse belum tentu lagi. Kang dah tak jadik menteri susah nak mintak tolong puak-puak nie. PULAK DAHHHHHHHH. Apa nak jadik oiiiiiiiiiiiiiiiiiiii........pak menteri takut pegawai pasal nanti sok luse bile tak ada kuasa susah nak mintak tolong dengan orang kerajaan. HOIIII....Apa masalah korang nie???Saper sebenarnye kerajaan??? Sapa pembuat dasar nie???? Siapa pemimpin??? Kita orang UMNO pemimpin ker diorang pegawai kerajaan pemimpin??? Government Servant kalau buat direct translation apa maknanya??? Political Master apa maknanya??? Pegawai Kerajaan apa maknanya??? SENANG JER, DEPA PEGAWAI KITA KERAJAAN. SO SAPA BESAR??? La nie sapa pimpin sapa nie....Penunggang pimpin lembu ker, lembu pimpin penunggang???? Tah la...dak tau lagi nak cakap apa lagi dah.

7. Banyak pemimpin takut dengan pemimpin muda. Mereka ini tidak sepatutnya disekat daripada mencurah ilmu dan tenaga kepada UMNO. Patutnya UMNO ialah tempat utk menggilap bakat kepimpinan pemimpin muda dalam UMNO. Mereka kalau tak nak di jadikan menteri, letak suh jaga GLC. Biar depa naik sampai ke kemuncak. Biar depa prove their capability and ability. Baru layak jadi menteri Kabinet. Ini chairman GLC letak bekas2 pemimpin. Letak bekas2 menteri. Kalau dah bekas tu, dah tak productive dah. Pasal depa tahu itu kemuncak nye. Kalau muda-muda nie, depa ambitious. So akan buat sehabis baik untuk di promotekan ke atas. Tapi bile letak depa nie, janganlah di tinggal terkontang kanting. Suh la professional assist depa. Cam kementerian la, Menteri orang politik, tapi pegawai kerajaan assist menteri jaga kementerian. Jgn dari atas sampai bawah letak org politik. Tak jalan ler nanti GLC nanti. nanti jadik lak Gulung Lagi Corporation. Sapa susah??? Bila depa dah prove diri depa, baru leh naik jadik abg menteri with merit. Baru la pemimpin UMNO ada kualiti.


Perghhhhhh.....panjang nye..........sebenarnye banyak lagi tapi cukuplah. Cakap banyak2 pun apa gunenye???? Apa jalan penyelesaian yer????


Ok la aku bagi idea sikit kepada mana2 pemimpin yang tak de idea. Kalau idea nie leh dipakai, pakai la. Kalu tak leh, baca saja la.


1. Banyakkan penubuhan NGO2 yang pro kerajaan. Cube tengok bangsa Cina. Diorang semua ada persatuan. Persatuan Bangsa Mandrin la, Persatuan pemain poker la, persatuan penjual apel la, persatuan pengusaha mee-mee claypot la, sukarelawan bomba la. Di sini punca kuasa bangsa Cina. Kita punca kuasa UMNO kat mana??? UMNO, Belia 4B, MAYC, MBM. Kalau UMNO goyang, tinggal lah persatuan-persatuan yang dah lesu tuh. Berapa ramai yg joint mende2 tuh??? Sepatutnye kita galakkan kewujudan NGO2 nie. Biar kecil dan setempat. Tak yah gah-gah nak buat satu Malaysia. Kita sponsor mereka. Biar mereka handle sendiri persatuan tuh tanpa campurtangan kita. Jangan la kita laks yg gile nak jadik pengerusi la, penasihat la. Biarkan mereka. Contohnye, kelab Proton Perdana. Berapa ramai membernye??? Kita bukan 100% sponser persatuan-persatuan tuh. Diorang pun banyak duit la. Just sponser sikit-sikit bile depa mintak. Mana yang patut la biar nampak kita prihatin ngan depa. Contohnya cam sponser dinner ker....bila nak konvoi sponser bilik ker....marshall ker etc. Kelab Satria lak berapa ahli diaorang??? Ramaiiiiiii..... Kelab Harley....kelab Remote Control (RC Car)...kelab paintball??? kelab playstation gamers??? Nie semua punca kuasa nie. Diorang nie lah pengundi2 kita yang kita dok lupekan. Kalau tak menyusup, kita buat sendiri. Bila kita encourage orang tubuhkan NGO, pastikan ianya berkaitan dengan keperluan kawasan setempat. Baru la menarik minat masyarakat. Tapi jangan kita lak sebok2 pegang jawatan. Biar mereka. Buat kecik2 pun tak pe....janji banyak persatuan. Baru la banyak sokongan untuk UMNO. Bila UMNO sentiasa berdamping dengan diorang, baru UMNO RELEVANT.


2. Stiker UMNO nie mana pegi daaaaa. Nak pilihanraya baru nak buat ke. Pembangkan dah banyak dah n dah lama dah buat stiker-stiker nie. Belambak kat moto-moto, kereta-kereta, lori-lori. Kat kapalterbang jek belum. Cube bayangkan lah, kalau kita tengok stiker PAS masa turun rumah n naik rumah kat satu moto nie hari2. Satu tahun ada 365 x 2 (pagi n petang) = 730 kali setahun...tak ke lama2 dalam minda kita gambar imej bulan hijau jek yang kita nampak. Makan Bulan Hijau, tido Bulan Hijau, Mandi Bulan Hijau, kerja pun Bulan Hijau. Silap2 masa nak mengundi kita orang UMNO pun nanti tersalah undi laks pasal asik ingat Bulan Hijau. Kita sepatutnya memperbanyakkan pemakaian stiker nie kat moto n kereta. Kalau diorang tak nak tampat....galakkan. Adakan pertandingan tampat stiker cam petronas buat tuh. macam shell buat tuh....Cube perhatikan sampai la nie berapa juta yg dok tampal stiker tapi tak tangak2 lagi sampai abis pertandingan. Pikirkan la sat. Lambang nie imej laaaaa......Kalau Kelantan tuh penuh ngan lambang UMNO...pandang kiri UMNO...pandang kanan UMNO....pandang depan UMNO...pandang belakang UMNO......tak gentar Tok Nik Aziz??? Belum masuk pilihanraya umum pun dah ngelabah dah org-org PAS Kelantan. Bayangkan kalau kita perang bawak 1000, lawan bawak 100,000....gentar tak??? Terra tak terra tuh belakan kire la tapi gentar tetap gentar bang. Haaaa itu la motifnye...kite kene nampak cam harimau garang. Bukan Beruang demam. Jadik tak jadik belakang kira la. Janji semangat depa hilang. Bila hilang semangat baru la keja tak jalan. N kita pun akan naik semangat. Yang atas pagar nie, selalu ikut yang kuat. Bila kita nampak kuat, InsyaAllah diorang ikut kita.


3. Wujudkan syarat2 yang kene merujuk kepada UMNO peringkat cawangan, atau bahagian. Contohnya pinjaman tekun hendaklah di sokong oleh Ketua Cawangan UMNO, nak mintak bantuan buku pinjaman kene mintak sokongan sekurang-kurangnya ketua pemuda cawangan...nak pinjaman mara kene sokongan ketua bahagian...nak bantuan ibu tunggal kene sokongan ketua wanita....nak dapat biasiswa kene sokongan ketua puteri, nak rumah PPR jumpe pemimpin UMNO, nak bantuan itu ini kene mintak sokongan kita org UMNO. Tapi pastikan bila kita sokong, kene sure lulus. Baru la UMNO relevant. Baru rakyat ingat kite? Walaupun jasa tu satu, tapi bile tiba masanya nak mengundi, yg satu tuh la jadik pertimbangan mereka. Kita kene buat camtuh untuk pastikan UMNO sentiasa relevant dengan cara kita mendampingi mereka dan mereka memerlukan kita. Kalau masing-masing tak memerlukan masing-masing, itu yang UMNO jadi tak revelant. Tapi kita pemimpin jangan la amik kesempatan.


4. Apa lagi yek???? Sebenarnye banyak lagi....tapi la nie tak sempat nak tulis. Nanti la, aku try sambung lagi. Nie banyak idea nie, tapi masa mencemburui ku....heheheheh...korang pun kalau ade idea bagitau la ek....kita kongsi sama2. Kongsi bukan hanya untuk UMNO tapi untuk bangsa kita....bangsa Melayu tercinta.

8 Ciri Isteri Buruan Suami

1. Tidak suka membebel

2. Tidak Gemar Membebel

3. Tidak Reti Membebel

4. Tidak Tahu Membebel

5. Kurang Membebel

6. Benci Membebel

7. Jarang Membebel

8. Tidak Kuasa Nak Membebel

Ahaks

Sabtu, 17 Januari 2009

8 Ciri Lelaki Buruan Wanita

Jangan hanya fikir kamu sahaja yang tahu memilih kerana ada kalanya wanita lebih cerewet dalam soal memilih pasangan hidupnya. Fikirkan sejenak apa kemahuan golongan hawa ini yang mungkin tersirat daripada pengetahuan lelaki..

1. Yakin Pada Diri

Keyakinan diri adalah kualiti penting yang sering di cari oleh wanita, lekukan sesuatu perkara itu dengan terbaik. yang paling penting, jangan memperkecilkan kelemahan diri sendiri. Ada yang menyerah kalah sebelum berbuat apa-apa. Ini bukan sifat lelaki sejati. Sebaliknya kamu harus berikan alasan kukuh, kenapa kamu tidak boleh lakukan. penting untuk berlatih bersungguh tanpa mengenal erti putus asa dan sentiasa berfikiran positif.

2. Pandai Buat Lucu

Jangan bercakap terlalu serius atau ketawa yang dibuat-buat. lebih teruk kalau tersengeh-sengeh tak tentu fasal. Ingat untuk menjadi seorang yang kelakar tidak semestinya kamu membuat lawak bodoh. Belajar Berlawak secara spontan dan bersahaja kerana ini akan menghiburkan hatinya. Lawak bersahaja itulah yang membuatkan si dia akan terua merindui karenahmu.

3. Romantik

Wanita sebenarnya menginginkan seorang yang romantik. Ingat, romantik bukanya gatal atau miang, lelaki yang romantik adalah pandai mengambil hati dan bijak menggunakan kata-kata. Suka mengambil berat dan penyayang kata-kata. Suka mengambil berat dan penyayang juga menjadi salah satu aspek yang menarik perhatian wanita. Biar seseorang wanita itu kelihatan ‘rugged’ atau agresif. namun dalam hal teman lelaki, kebantakannya memilih yang romantik.

4. Wang

Tidak disangkal lagi ramai wanita bersifat materialistik atau mata duitan. Mereka hanya mahukan lelaki yang berjaya dan mempunyai wang yang banyak sahaja. Selain bekerja, kamu juga boleh bergaul dengan orang kaya atau ternama yang mungkin boleh membantu kamu menjadi kaya suatu hari nanti. Belilah baju atau kasut jenama, kamu bakal mencuri pandang wanita. biar papa asal bergaya. papa dalam hal ini adalah kamu perlu menyesuaikan diri dengan gaya orang kaya. Biar terpaksa mengeluarkan wang yang lebih sedikit, namun hasilnya hanya kamu yang mendapat nikmatnya. Umpama membeli kereta BMW walaupun tanpa aksesori, ia tetap di lihat gah berbanding dengan kereta biasa yang penuh dengan aksesori.

5. Bijak

Wanita sering mengimpikan mendapat seorang lelaki yang berpenddikan dan pandai. Jika kamu berasakan kamu kurang bijak, mungkin kamu boleh mengambil langkah untuk melanjutkan pelajaran. Luangkan masa kamu mendengar berita CNN dan rajin mengisi teka silang kata supaya tampak berilmu. Wanita suka lelaki yang bijak dan suka membaca. Tidak semesti kamu adalah seorang ahli akademik. caranya, baca ulasan buku seolaholah kamu telah membaca keseluruhan buku tersebut. pakilah cermin mata yang tidak berkuasa untuk memperlihatkan kamu bergaya seperti seorang intelek.

6. Sensitif.

Setiap kali pasangan kamu bercakap, dengarlah dengan khusyuk sambil memandang bola mata hitamnya. malah mungkin kamu boleh berkata ” saya memahami perasaan awak” bagaimanapun jangan pula kamu terlalu sensitif kerana sebagai tempat berlindung tentulah mereka memerlukan pohon yang kukuh.

7. Suka Kanak-Kanak

Wanita menganggap seorang lelaki yang bijak adalah berpengetahuan luas dalam semua bidang termasuk menjaga kenak-kanak. Hati wanita mudah tersentuh dengan lelaki yang sukakan kanak-kanak. Apabila si dia membelai kanak-kanak yang di temuinya. kamu memberikan perhatian kepadanya. Selepas itu kamu pula boleh mendukung sambil mengagah kanak-kanak itu. perbuatan kamu ini secara tidak langsung akan memperlihatkan yang kamu memang layak menjadi bapa yang penyayang.

8. Bijak Berdandan

Lelaki juga kena pandai merawat atau memanjakan tubuh. bagi yang mempunyai kulit berminyak, kamu perlu meluangkan masa untuk melakukan perawatan bagi mengelakkan jerawat atau penyakit kulit yang lain muncul. Selain berpakaian kemas dan sesuai. Kebersihan tubuh juga hendaklah diberi tumpuan. Kuku hendaklah dipotong rapi dan bersih. pendek kata, kebersihan tubuh mesti di jaga kerana ia memberikan kesan kepada hubungan kamu dan si dia nanti.Apapun, tiada lelaki yang sempurna, namun kamu boleh berpura-pura menjadi sempurna. perlu di ingatkan, kamu semestinya mempunyai kelebihan yang tertentu. jadikan gunakan kelebihan itu dengan sebaik mungkin. yang penting kamu mampu melakukan sesuatu yang terbaik. Sementara yang selebihnya kamu bolehlah berpura-pura. Jika segalanya berjalan lancar dan hatinya sudah berjaya di tawan, tidak mustahil si dia akan menjadi permaisuri hidupmu.
Dipetik dari Nota Azura Md Hassim

Khamis, 15 Januari 2009

MySeputeh / MYTH


Cetusan
dari
Kegagalan


MySeputeh ditubuhkan adalah untuk melaksanakan suatu impian yang tidak kesampaian oleh kami pada bangsa Melayu Seputeh. MySeputeh diwujudkan bukan sahaja memperjuangkan hak bangsa Melayu tetapi juga memperjuangkan penyatuan orang Melayu yang kian jauh antara satu sama lain. Kemunduran orang Melayu menjadi penyebab kejatuhan bangsa yang amat membimbangkan menyebabkan MySeputeh bergerak untuk kembalikan semangat yang kian hilang ditelan zaman. Biarkan kata hikmat Hang Tuah "Takkan Melayu Hilang diDunia" kekal sepanjang zaman. Kembalikan kegemilangan Melayu dan kami tahu ianya akan berjaya. Berjuanglah bersama kami..... Melayu Terhandal.....


Dipetik dari blog MySeputeh

Blogging - Beginner

Salam.



Hahahahahah……nie nak citer sikit la pasal blogging nie. I just started blogging recently. As a beginner, there are lots of things for me to think of, like my contents, layout, pictures, purpose of this blog and etc etc etc. One of the things that I found interesting is the gadgets attach to your blog. I accidentally discovered these gadgets while curi-curi tengok my wife tengah blogging. I asked her, boleh ajar tak? Pergghhhhhh punye ler kedekut ilmu. Dia tak nak ajar how to add these gadgets to my blog. Her words, sort of la can remember exactly, “Kalau nak, belajar la sendiri. Click je kat icon tu pastuh baca ler instruction”. (Jangan mara ye yang...heheheh) Takpe…takpe…takpe…So I pun spend la the whole nite belajar sendiri. Perghhh......susah gakz. Ponin kelapa dibuatnye pasal macam-macam ada. Trial run tuh jangan cerita berpuluh-puluh kali. Semua tak kene. Sikit-sikit tukar, sikit-sikit tukar. La nie sekarang dapat ler gadgets yg menarik sikit kat my web. Tuh pun masih tak puas hati. Heheheheh……So what else can I add, to make my blog interesting? Any suggestion? Kalau ada please share with me yeee……Help me to make this blog interesting. Interesting for me, interesting for you. Interesting for everyone. Lets create a world of our own. A world without border. A world we can live togather, without fear. It will be our world. Lets the revolution begin. Trimas (terima kasih)

Isnin, 12 Januari 2009

My Political Journey - The Beginning

UMNO - United Malay Nation Organization atau dalam bahasa Melayunya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. Parti keramat nie. Parti nie aku dah lama ikut dah. Sejak zaman aku kecik-kecik dulu selalu ikut nenek aku kat kampung dulu. Pasal masa tuh nenek aku Ahli Majlis Daerah Jasin. So slalu la ikut dok dengar ceramah n kempen. Bile dok KL laks, ikut mak aku. Dok la gondoh gandah ikut dia gi kempen la, dengah ceramah la, meeting la, function la dan macam-macam lagi. So kalu nak ikut memang dah jadik darah daging la UMNO nie ngan aku. Kalau nak cerita pasal sejarah UMNO, perghhhh tak cukup blog nie nanti. Takut korang bosan laks. Kalu nak gak masuk la web UMNO. So la nie aku citer jek la apa kaitan UMNO nie ngan aku. Masuk VI pun UMNO tolong, masuk ITM pun UMNO tolong, dapat study loan pun UMNO tolong. So maner ler aku tak sayang ngan UMNO nie. Jadik, untuk balas jasa UMNO kat aku nie dan memastikan generasi akan datang dapat apa yg aku dapat, masa umur 18 tahun, aku pun berdaftar ler jadik ahli UMNO. Kengkawan aku yg memula masuk skali jadik ahli UMNO ngan aku ialah Jef Hazrul Nizam (Ijam), Farzwa De Attaher Emir (DJ fuzz) dan Russel Ruslan. Time tuh tahun 1995. Masuk-masuk jek aku terus bertanding Ketua Pemuda Cawangan Jalan Syed Putra, Bahagian Seputeh, Kuala Lumpur. Heheheheh. Skali menang da....jangan mare. Mase tuh bodoh-bodoh lagi. Aper ler yang aku ngan kengkawan tau. Yang aku tau maser tuh Hisham Majid (Datuk Hisham Majid) lawan Mustaffa Kamal untuk jawatan Ketua Pemuda. Tiga tahun lepas tuh aku bertanding AJK Pemuda UMNO Bahagian Seputeh. Menang laks. Aku pernah ler jadik AJK UMNO Bahagian Seputeh masa zaman Tengku Adnan jadik Ketua UMNO Bahagian. (YB Datuk Sri Tengku Adnan). Tak lama sekejap jek, dalam setahun setengah. So itu ler cerita nyer. La nie aku nak tunjuk ini ler kengkawan aku yang memula masuk UMNO. Dalam gambar nie (Clockwise Jep, Luth [lum masuk lagi UMNO, tengah pikir camn nak pujuk dia] aku and Farzwa [tengah menonggeng]. Russel nyer gambo takde. Nanti aku carik and uploadkan). Itu 14 tahun nyer cerita.

La nie aku nak cerita sekarang nyer cerita. Sabtu 25hb Oktober 2008, aku bertanding Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh. Ada 4 calon. (Sila tengok gambar disebelah dari kiri ke kanan) Nayan, Annuar, aku and Ghazali. Punye ler susah aku nak bertanding. Dalam 6 bulan sebelum hari pertandingan macam-macam yang terjadik. Perghhhh.....Allah s.w.t jek la yang tahu. Punye ler seksa. Nasib baik la ader bantuan kawan-kawan rapat aku yang bertungkus lumus. Kalau takde Fera, Azhar, Amir, Azlan, Tajul, Irwan, Shazwan, Awi (calon Ketua Pemuda), Rubi, Basiron, Khalid, Sham Rock and Zul teruk gak aku nak buat kempen.
(Yang kat atas nie cambor calon-calon Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh. Dari Kiri ke kanan Razlan, Tonet dan Awi.)
Yerla...beberapa minggu sebelum bertanding, aku ranking last sekali. First Nayan, second Ghazali, third Annuar and aku last sekali. Tapi berkat doa ibubapa, isteri, keluarga serta kawan-kawan, Alhamdulillah aku MENANG. Heheheheheheh. Keputusan pertandingan : Badrul - 38 undi, Nayan - 31 undi, Ghazali - 29 undi and Annuar - 17 undi. Malangnya calon Ketua Pemuda aku (Awi) kalah daaaaaa. Keputusan untuk Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh : Razlan - 68 and Awi - 46. Tonet laks tak cukup pencalonan untuk bertanding. Tapi, seksa-seksa bertanding, sekse lagi lepas menang. Pergghhhh tanggungjawab beb. Banyak tanggungjawab kene buat dan function nak kene gi oooooo. Jadik pemimpin bukan leh dok lepak goyang kaki glamer jek. Kengkadang ganti Razlan pasal dia tak dapat datang function. So dengan rela hati aku pun menjalankan lah tanggungjawab ku sebagai pemimpin. Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi mengundi ku, restu ibubapa, isteri, anak-anak dan keluarga serta doa semua dan akhir kata Selamat menjalankan tugas kepadaku (cheeeewwaaaah) [Gambar dari bawah ke atas : Alfera Aris Dato' Rohailan; Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Seputeh 2008 - 2011; Norazhar Hassan; Gambar rakan-rakan sekempen (Rubi, aku, Awi, Sham Ipoh Timur dan Basiron)]