Ahad, 25 Januari 2009

Perginya Seorang Sahabat, Saudara dan Pejuang...

Salam,
18 Muharram 1430 hijrah / 22hb Januari 2009

Semoga Allah s.w.t mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Noor Azhar Bin Hassan yang telah meninggalkan kita akibat kemalangan jalanraya.

Al-Fatihah

Arwah merupakan seorang kawan kami yang terbaik. Baik dari segi budi, bahasa, perwatakan, ilmu dan agama. Memang susah nak dapat kawan macam arwah nie. Pada hari kematian Arwah, semua kawan-kawan Arwah ada bersamanya kecuali aku and Tajul. Kami merasa sedih dan terkilan pasal masa tuh kami kat Bandung, Indonesia bersama keluarga. Kami tak dapat berjumpa Arwah buat kali terakhir. Apa yang mampu kami buat hanyalah berdoa untuk Arwah. Dan baru hari nie kami kembali dan terus menziarahi pusara Arwah. Masa kejadian, aku dapat panggilan lebih kurang kul 2.30 petang. Aku tak dapat dihubungi oleh kawan-kawan yang lain pasal phone tak roaming. Tengah sedap-sedap shopping, mak aku tel wife aku n sampaikan khabar mengenai kematian Arwah. Fera yang maklumkan pada mak aku. Aku n Tajul macam tak percaya. Rasa cam diorang saje nak main-mainkan kami. So aku tel Siti (wife Arwah). Dan dimaklumkan oleh Siti sepertinya. Sedih kami Allah s.w.t sahaja la yang tahu. Kawan dan sedara ku pergi menyahut panggilan Illahi. Kami redha dengan ketetapan Mu Illahi. Al-Fatihah.

Aku kat sini bukan nak tribute ker kenangan ker aper ker? Tapi aku baru tersedar that selama ini aku slalu take things for granted. Banyak perkara-perkara kecil yang aku ambil tak endah. Pasal aku rasa masa banyak lagi, lain kali leh buat. Aku tak sedar bertapa sayangnya isteri aku kat aku. Bertapa sayangnya keluarga aku kat aku. Bertapa sayangnya kawan-kawan aku kat aku. Bila pemergian Allahyarham, baru aku merasakan. Bila aku tengok muka parents aku, wife aku, anak2 aku, siblings aku, kawan2 aku tadi, baru aku terasa yang selama nie aku slalu neglect diorang. La nie baru aku terasa kalau aku kehilangan mereka atau mereka kehilangan aku, bagimana kehidupan ini? Mase tuh barulah nak kata, kalaulah aku buat itu, kalaulah aku kata ini, kalau lah macam2 lagi lah. Tapi itu pada masa itu semuanya dah berlalu, dapatkah kita kembali kepada masa lalu untuk memperbetulkan nya??? Apakah pada masa itu baru kita nak menyesal??? Macam Arwah, apa yang dia tak pernah tolong aku n kawan-kawan. Walaupun dia tengah susah, tak pernah lagi aku dengar dia kata 'tak' kalau kami mintak tolong. Dia selalu pikir camne nak tolong kawan-kawan dia yang kengkadang kerja tak de, duit takde, masa depan macam tak ada. Dia selalu gadoh ngan kawan2 aku pasal nak suh diorang carik kerja, nak suruh ubah taraf hidup. Nak suruh berjaya. Walaupun dia bukan dari keluarga senang, tapi dia tak pernah susah nak tolong orang. Dia selalu pikir orang lain daripada diri dia sendiri. Dia tak pernah berhenti berusaha nak mempertingkatkan lagi taraf hidup dia dan keluarga. Walaupun dia dah kerja, tapi dia still lagi nak belajar. Pasal dia nak berjaya. Pasal kalau dah berjaya baru senang dia nak tolong orang. Nak tolong keluarga dia, kawan kawan dia dan nak tolong bangsa dia. So bila Arwah tiada, baru aku terfikir. Kenapa aku tak macam dia. Kenapa ada kawan-kawan aku tak macam dia. Kenapa bangsa aku tak macam dia. Apa tak kene dengan kita nie??? Apakah hidup kita untuk harta dan nama saja??? Bila berharta, ada nama, baru dipandang mulia ke??? Mana nilai-nilai kemanusian kita??? Nilai kekeluargaan kita??? Nilai persahabatan kita??? Berapa banyak masa kita untuk bersama keluarga??? Berapa banyak masa kita untuk mendengar rintihan dan keluhan kawan-kawan kita??? Berapa kerap kita fikir untuk bangsa dan agama kita???

Kita selalu terlupa, hidup nie bukan wayangan saja. Depan orang kita baik, dengan keluarga kita macam lagak macam singa. Depan keluarga kita pijak semut pun tak mati tapi dengan orang luar hebat macam kita lah raja. Kita dah kurang rasa sayang pada diri kita. Kita buat untuk orang saja. Kalau kita tak sayang diri kita sendiri, camne kita nak sayang keluarga kita??? Camne keluarga kita nak sayang kita??? Sayang kawan-kawan kita??? Sayang bangsa kita??? Kita macam dah lupa camne rasa sayang tu kan??? Rasa sayang bukan dengan wang ringgit la. Bukan dengan nama dan darjat kita. Tapi dengan rasa ikhlas dari hati. Kita tak sayang orang tapi kita nak orang semua sayang kita. Sedih kan hidup kita nie. Sepatutnya kita kene sayang diri kita. Baru kita boleh sayang keluarga kita. Bila kita dah jadi keluarga penyayang, baru kita boleh sayang kawan-kawan kita dan masa tuh semua orang akan sayang kita kembali. Dan kita akan sentiasa sayang sesama sendiri. Baru lah bangsa kita kuat. Barulah agama kita kuat.

Mungkin nie bahananya bila material dah menguasai masyarakat kita. Dalam sedar tak sedar kita pun ikut berubah. Berubah kepada material. Kita buat untuk sesuatu. Kita buat untuk nama. Kata ikhlas hanya di mulut, di hati tiada. Bila Arwah tiada nie, baru aku teringat balik kebanyakan mende yang dia selalu cerita kat aku. SAYANG KELUARGA, SAYANG ANAK BINI KAO TUH. KAO INGAT DUIT, HARTA, NAMA LEH GANTI KASIH SAYANG KELUARGA KER? KALAU KAO SAYANG DIRI KAO SENDIRI, SAYANG KELUARGA, INSYAALLAH KEHIDUPAN KAO OK. Dulu aku dengar camtuh-camtuh jek. La nie aku rase apa kata dia tuh ade betulnye. Asas hidup kita sebenarnya adalah cinta pada Allah s.w.t. Cinta pada diri kita. Cinta pada keluarga. Bila ada cinta dan kasih sayang, kita tidak akan rasa keseorangan. Kita akan saling ingat mengingati dan bantu membantu. Kita akan sentiasa buat yang terbaik untuk mereka, dan mereka juga akan buat yang terbaik untuk kita. Kita patut kembali kepada kekeluargaan. Sebab tuh kita panggil saudara sesama Islam. Kita sebenarnya satu keluarga. Jangan biarkan material, mende2 tak kekal nie menguasi diri kita.

Semoga Allah s.w.t mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Noor Azhar Bin Hassan

Al-Fatihah

Kepada saudara-saudara ku yang membaca, saya mewakili balu, dan keluarga Allahyarham ingin memohon kepada saudara-saudara semua jika ada salah dan silap Allahyarham, diharap diampuni lah beliau. Dan jika ada hutang-hutang atau perkara-perkara yang tertangguh, saya mewakili balu dan keluarga Allahyarham ingin memaklumkan bahawasanya saudara-saudara bolehlah menghubungi saya untuk menuntut kembali hutang-hutang tersebut. Salam

Dan nasihat saya kepada seorang mak cik nie (ketua wanita cawangan yang menyokong kuat mantan ketua bahagian seputeh) yang sanggup mengeluarkan ayat "padan muka. nie la balasan orang yang tak sokong hisham majid". Allah......makcik...bertaubat la. Bertaubat la selagi masih ada masa. Sesungguhnya makcik, pernah makcik pikir tak 3 perkara yang telah dijanjikan Allah s.w.t sebelum kita dilahirkan iaitu hidup mu, jodoh mu dan mati mu. Makcik, perginya Allahyarham bukan kerana tak menyokong hisham majid, tetapi menyahut panggilan Illahi. Kerana Allah sayangkan Allahyarham. Saya berdoa kepada Allah s.w.t semoga umur makcik dipanjangkan supaya makcik sempat bertaubat dan memohon maaf kepada balu dan keluarga Allahyarham atas kata-kata makcik tu. Kepada yang membaca dan mengenali makcik tu, harap-harap dapatlah menyampaikan pesan saya ini kepada makcik tuh. Salam.

3 ulasan:

Eddie berkata...

Life works in many mysterious ways but we believe that there are always blessings in everything that happen. The Almighty knows best. Kita yg masih ada mesti teruskan hidup. Al fatihah buat arwah.

n.i. berkata...

Al-Fatihah untuk arwah... I'm still in shock... :-(

Betul kata Life huh... Allah knows best... Setiap kejadian ada hikmahnya... Kehidupan mesti diteruskan...

Nisya berkata...

Sedihnya.. terkenang arwang abg azhar