18 haribulan Januari 2009
KEPUTUSAN PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN KUALA TERENGGANU
Wan Ahmad Farid (Barisan Nasional / UMNO) - 30,252 undi
Abdul Wahid (Pakatan Rakyat / PAS) - 32,883 undi
Azharudin Mamat (Bebas) - 193 undi
Undi rosak - 665 undi
Jumlah keluar mengundi - 63,993 pengundi atau 79.9 peratus
Jumlah pengundi berdaftar - 80,229
Jumlah keluar mengundi pada pilihan raya umum pada 8 Mac 2008 - 66,231 pengundi atau 82.45 peratus
Pada PRU 12, calon BN iaitu Allahyarham Datuk Razali Ismail menewaskan dua calon iaitu calon Pas, Mohamad Sabu dan seorang lagi calon bebas iaitu Maimun Yusuf dengan majoriti 628 undi.
KEPUTUSAN PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN KUALA TERENGGANU
Wan Ahmad Farid (Barisan Nasional / UMNO) - 30,252 undi
Abdul Wahid (Pakatan Rakyat / PAS) - 32,883 undi
Azharudin Mamat (Bebas) - 193 undi
Undi rosak - 665 undi
Jumlah keluar mengundi - 63,993 pengundi atau 79.9 peratus
Jumlah pengundi berdaftar - 80,229
Jumlah keluar mengundi pada pilihan raya umum pada 8 Mac 2008 - 66,231 pengundi atau 82.45 peratus
Pada PRU 12, calon BN iaitu Allahyarham Datuk Razali Ismail menewaskan dua calon iaitu calon Pas, Mohamad Sabu dan seorang lagi calon bebas iaitu Maimun Yusuf dengan majoriti 628 undi.
Sejak kekalahan BN/UMNO pada pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu, banyak suara-suara yang mengatakan UMNO tidak lagi relevant di kaca mata rakyat terutama sekali di kalangan pengundi atas pagar dan pengundi muda. Dan perkataan yang sering bermain di mulut mereka kini adalah UMNO TAK RELEVANT DAH. Maka dengar pulak kata-kata orang kita (orang UMNO la) "kita kene buat penjenamaan semula UMNO nie, kita kene meremajakan UMNO". Hahahahahaha.......nak tergelak rasenye dengar. Nak "meremajakan UMNO". Aik, UMNO dah lebih 5 dekat pun kita nak meremajakan lagi ke? Nak buat gono??? Plastic surgery ker??? Aku sebenarnya memang tak setuju dengan mende nie. Sapa kata UMNO tak relevant. Kita kalah hanya kurang drp 3 ribu undi jek. Kita dapat hampir separuh undi. Cume Depa kerja keras sikit dan janji lebih sikit drp kita. Tuh yang menang tuh. Dan banyak ler faktor-faktor kecil lain yang mempengaruhi undi kali ini. Tapi kalau sampai hilang wang pertaruhan baru le boleh cakap UMNO tak relevant dah. Kalau tak.....baik pikir semula.
La nie buat apa kalut-kalut orang UMNO kita nak "meremajakan UMNO" nie. Kang terlampau remaja kang tak matang lak jadiknye UMNO nie. Sepatutnye kita memikirkan bagaimana nak memenangi hati rakyat setiap kelompok, baik Melayu, Cina atau India atau apa bangsa sekalipun. Maksud "kite" nie, SEMUA ORG UMNO. "Rakyat" lak maksudnya SELAIN DARIPADA ORANG UMNO. Ini tak. Kita org UMNO lak yang lebih-lebih kondem UMNO. Itu tak betul lah, ini tak kene lah. Itu kene tukau lah, org ini kene ganti lah. Rakyat tak tahu menilai pemimpin lah, generasi muda tak kenang budi lah, pemimpin atasan salah pilih calon lah, masalah dalaman politik sesuatu kawasan lah, dan macam-macam lagi tuduhan sampai poning kepala memikirkanye. Tapi, yang tak salah jugak ialah orang UMNO kita jugak. Haaaaaaa kat situ lah sebenarnya salahnye kite orang UMNO nie. Bile kite sebut UMNO jek mesti merujuk kepada pemimpin atasan baik di peringkat cawangan, bahagian, perhubungan mahupun nasional. Kalau salah sume depa. Abis yang kat bawah-bawah nie tak salah. Kalau diorang salah, maknenye kita pun sama-sama salah tau. Diorang tak lantik diri diorang dok kat situ, tapi kite yang pilih diorang tuh dok kat atas nun. Lepas kite pilih diorang tuh dok kat atas, kita biarkan. Diorang buat salah kite biarkan. Diorang buat masalah kita biarkan. Tapi bile dah jadik camni baru kite sebok-sebok nak salahkan depa. Selama nie kita buat apa??? Tido??? Sepatutnya, kalau terjadik lah apa-apa yang tak elok kat Malaysia disebabkan kesilapan membuat keputusan pemimpin-pemimpin UMNO kita, rakyat Malaysia sebenarnya ada hak nak maki hamun kita sebagai ahli UMNO. Sebabnya kita yang memilih Presiden hingga ke ketua cawangan. And depa yang kita pilih nie yang memerintah negara. So tanggungjawab nie bukan depa jek, tapi ngan kita-kita sekali tau. Berat tanggungjawab ahli kepada Parti Memerintah nie. Jangan buat main-main suka-suka pilih pemimpin.
So, kenapa pemimpin atasan jek yang kene pikir macam mana nak menarik hati rakyat. Kenapa kita semua tak sama-sama cuba memenangi hati rakyat. Apsal sume serah kat depa.......Bile cakap camtuh pandai lak korang menjawab. "Eh itu tanggungjawab depa la...kita dah pilih depa, kene la depa buat kerja" Ooooooooo pandai la korang. Bile nak bertanding, nak kan jawatan, semua kata "...eh aku bayar RM1 la, sama macam si polan tuh. Abis aku tak leh lawan ker???...". Bila nak dapat peruntukan atau bantuan atau projek "...eh aku bayar RM1, apsal aku tak leh dapat?..." tapi bile suh buat kerja banyak lak alasan korang ye.
Sebelum aku membebel panjang kat sini meh kite tengok apa masalah sebenarnye UMNO nie??? (sebahagian jek yang aku tahu, pada pendapat aku la)
1. UMNO terutamanya pemimpin-pemimpin dari peringkat nasional hingga ke cawangan khasnya dan ahli UMNO umumnya masih tidak dapat mengasapi keinginan masyarakat setempat dan rakyat Malaysia. Diorang masih lagi berpegang kepada sifat UMNO untuk org UMNO. Sepatutnya UMNO untuk rakyat Malaysia la. Ini tak......asik2 kalau ada majlis je, jemput org UMNO jek. Ada bantuan bagi org UMNO jek. Kenapa kita tak bukak bagi org luar joint sekali. Kenapa masuk UMNO baru dapat joint majlis, baru dapat bantuan, baru diberi perhatian. Macam rasuah pulak ek. Masuk UMNO dapat, tak masuk UMNO tak dapat. Camno rakyat nak merasa berterima kasih kpd UMNO??? Cuba kita ikhlas bagi, bantu secara ikhlas, tolong ikhlas, jemput ikhlas. Nanti diorang pun ikhlas le ikut kita. Baru orang menghargai UMNO dan orang-orang UMNO. Rase2 la kan, orang UMNO sendiri pun pun tak berapa menghargai bantuan tuh. Maklumlah dah biasa dapat. Bila tak dapat melenting. Diorang rasa semua bende nie hak dan privilege diorang masuk UMNO. Pasal pada diorang UMNO WAJIB BAGI MEREKA, PASAL MEREKA MASUK UMNO. Hahahahahahaha..........kolotnye pemikiran. Udahlah....kita ubah la. Jangan jadik macamtuh. Kita kene ikhlas. Orang UMNO kalau nak tengok UMNO memerintah lagi 100 tahun, kene banyak berkorban. Gunakan peruntukan yang ada utk tarik orang datang, kembali dan sayang kepada UMNO. Bukan berebut sama sendiri, nak bolot peruntukan tuh. Kengkadang tuh peruntukan cawangan.....semua suku sakat Ketua Cawangan lah, Pemuda lah, Puteri lah, Wanitah lah dan macam2 lagi. Layak tak layak belakang kire. Allah....bukan banyak pun. Bagi la kpd yang memerlukan. Buat org sayang kat UMNO dan bukan buat orang benci kat kita ORG UMNO.
2. Banyak pemimpin-pemimpin UMNO secara keseluruhanya dah terlampau berumur. Dah terlepas umur. Expire katanye. Kite kene banyakkan pemimpin-pemimpin muda. Ini tak...kalau ada jek yg muda2 dan berpelajaran sikit nak masuk UMNO, mule la rasa terancam la, rasa nak kene lawan la, nak kene guling la dan macam2 lagi. Lepas tuh block diorang drp masuk UMNO. Block diorang drp joint aktiviti UMNO. Tak jemput diorang? Bile yang muda nie cakap lebih sikit, tegur secara baik, mula la kecik ati la, terasa la dan macam macam lagi. Tudugh diorang kurang ajar la, tak kenang budi lah. Bile mereka nak buat aktiviti tak kasi, sabotaj, block. Tapi bile mereka buat sendiri, yang veteran nie marah la, kecik ati la, pasal tak refer diorang. Nie nak pesan sikit la, kalau asik nak kecik hati je, jangan masuk politik. Politik nie untuk berjuang. Kalau nak berjuang hati kene keras hati. Pejuang nie cekal. Kecik2 hati nie selalu nye org pompuan n pondan jek selalu buat. Org pompuan pun skarang dah keras hati. Macam nie nak jadik pemimpin? Sudah la, letak jawatan dok mesjid lagi baik daaaaaaaaa.
3. Pentadbiran UMNO dah terbalik. Sepatutnya dari cawangan ke nasional. La nie dari nasional ke cawangan. Kita banyak nak jaga hati orang atas daripada nak jaga hati ahli UMNO kat bawah nun dan masyarakat sekeliling. Sebagai contoh la kan, Cube tengok kalau ada majlis penyampaian bantuan, bantuan hari raya ker anak yatim ke, apa ker. Kalau jemput VVIP, mesti ada cenderahati. Cube tengok, makanan VVIP n cenderahati tuh kosnye berapa???? Silap2 kalau kire2 lagi banyak drp jumlah keseluruhan bantuan tersebut. Bantuan ader la dalam RM10, RM50, tak pun RM100. Kita buat majlis nak rai diorang ka VVIP. And then apabila kita buat sesuatu keputusan, kita kata untuk kepentingan ahli kat bawah nun. Tapi sebenarnye banyak yang nak sedapkan hati org kat atas nun. Buat ketetapan, resolusi, dan lain2 semua nak kene tengok apa kata org atas. Takut nanti kene ban la, SB panggil la. Macam2 la. Woi, SB baru panggil dah takut. Cheh macam nie camne nak berjuang. Camno nak berperang. Baru kene sergah dah melatah, dah lemah semangat. Pemimpian apa camnie. Pemimpin taik kucing. Bile orang bawah suh bawak ke atas sesuatu perkara, TAKUTTTTT. Kita kene ingat keputusan kita kemungkinan besar akan mempengaruhi kehidupan rakyat Malaysia seharian kerana kita nie PARTI MEMERINTAH. Camne orang atas nak tau kalau kita tak berani bagitau diorang? Camne diorang nak buat keputusan kalau fakta tak de??? Pemimpin-pemimpin kite tau ker camne kehidupan rakyat seharian. Bile pemimpin2 UMNO nie last skali naik bas, makan sardin, makan meggi, kereta kene tarik??? Susahnya nak cari kerja. Memang la dulu ada diantara diorang nie macam kita. Tapi itu dulu. Sekarang nie??? Berapa ramai pemimpin kita dulu yang macam kita, tapi la nie Sultan tengok pun jeles. Yerla hidup lebih dari Raja. So, bile mereka tak rase, camne mereka-mereka nie nak tahu kehidupan rakyat jelata. OOOOO refer akar umbi??? Sape akar umbi yang diorang refer tuh??? kaki2 bodek sekalian ker??? Ah diorang memang ler cerita best2 jek? Nak idup ler katakan. Sebab dengar kata akar umbi yang membodek nie lah UMNO hilang majoriti 2/3 kat parliamen. Kita tak dengar kata2 rakyat. Kita dengar kata2 kaki bodek yang tak tau apa2 atau tak berani cakap apa2. Kita nak jadik pemimpin nie kene slalu dengar maki hamun, caci maci. Bukan yang sedap2 jek. Bile sedap-sedap sampai ke kayangan ler kite. Bile kene maki hamun kita kene senyum n dengar. BETULLL KER kata2 diorang tuh? Kenapa diorang cakap camtuh. Pastuh selidik n bile dapat keputusan bertindak. Kalau salah minta maaf dan betulkan. Kalau kita betul pedulikan mereka. Kalau tak tahan maki hamu n asik nak kene puji jek.....BERENTI JADI PEMIMPIN gi buat business. Dengan erti kata lain, selalu2 slalu lah dengar rintihan rakyat jelata. Buat keputusan untuk rakyat jelata bukan untuk bodek org atasan.
4. Pemimpin UMNO dah kurang berperanan di kalangan rakyat Malaysia. Yang nie betul. La nie nak dapat sokongan buku pinjaman sekolah pun org tak mintak dah cop2 pemimpin UMNO cawangan. Takut kene reject pasal ada cop UMNO. HAAAAAAA.......apa makna nyer nie??? Orang malu ngan UMNO. Dalam kerajaan banyak pembangkang. Pemimpin UMNO takut guna/tunjuk kuasa. Camne nak buat??? Pemimpin UMNO pun org tak respek.
5. Orang UMNO banyak pilih pemimpin yang tak bermutu. Yang nie dah tak tau la camno nak komen.
6. UMNO itu kerajaan, dan Kerajaan itu UMNO. Tapi Kerajaan (pemimpin-pemimpin UMNO) tunduk dan takut dengan jentera kerajaan (Pegawai-pegawai kerajaan). Kenapa jadik camnie??? Sepatutnye KSU-KSU n Ketua Pengarah Jabatan2 atau Agensi2 kerajaan kene takut n hormat pemimpin UMNO. Nie idak. Diorang lagi berkuasa. Lagi ada besar kuasa sampai kengkadang pak-pak menteri nie pun naik takut ngan mereka. Alasanye, diorang nie kite susah nak buang. Kita nie lain sikit, hari nie mungkin menteri, sok luse belum tentu lagi. Kang dah tak jadik menteri susah nak mintak tolong puak-puak nie. PULAK DAHHHHHHHH. Apa nak jadik oiiiiiiiiiiiiiiiiiiii........pak menteri takut pegawai pasal nanti sok luse bile tak ada kuasa susah nak mintak tolong dengan orang kerajaan. HOIIII....Apa masalah korang nie???Saper sebenarnye kerajaan??? Sapa pembuat dasar nie???? Siapa pemimpin??? Kita orang UMNO pemimpin ker diorang pegawai kerajaan pemimpin??? Government Servant kalau buat direct translation apa maknanya??? Political Master apa maknanya??? Pegawai Kerajaan apa maknanya??? SENANG JER, DEPA PEGAWAI KITA KERAJAAN. SO SAPA BESAR??? La nie sapa pimpin sapa nie....Penunggang pimpin lembu ker, lembu pimpin penunggang???? Tah la...dak tau lagi nak cakap apa lagi dah.
7. Banyak pemimpin takut dengan pemimpin muda. Mereka ini tidak sepatutnya disekat daripada mencurah ilmu dan tenaga kepada UMNO. Patutnya UMNO ialah tempat utk menggilap bakat kepimpinan pemimpin muda dalam UMNO. Mereka kalau tak nak di jadikan menteri, letak suh jaga GLC. Biar depa naik sampai ke kemuncak. Biar depa prove their capability and ability. Baru layak jadi menteri Kabinet. Ini chairman GLC letak bekas2 pemimpin. Letak bekas2 menteri. Kalau dah bekas tu, dah tak productive dah. Pasal depa tahu itu kemuncak nye. Kalau muda-muda nie, depa ambitious. So akan buat sehabis baik untuk di promotekan ke atas. Tapi bile letak depa nie, janganlah di tinggal terkontang kanting. Suh la professional assist depa. Cam kementerian la, Menteri orang politik, tapi pegawai kerajaan assist menteri jaga kementerian. Jgn dari atas sampai bawah letak org politik. Tak jalan ler nanti GLC nanti. nanti jadik lak Gulung Lagi Corporation. Sapa susah??? Bila depa dah prove diri depa, baru leh naik jadik abg menteri with merit. Baru la pemimpin UMNO ada kualiti.
Perghhhhhh.....panjang nye..........sebenarnye banyak lagi tapi cukuplah. Cakap banyak2 pun apa gunenye???? Apa jalan penyelesaian yer????
Ok la aku bagi idea sikit kepada mana2 pemimpin yang tak de idea. Kalau idea nie leh dipakai, pakai la. Kalu tak leh, baca saja la.
1. Banyakkan penubuhan NGO2 yang pro kerajaan. Cube tengok bangsa Cina. Diorang semua ada persatuan. Persatuan Bangsa Mandrin la, Persatuan pemain poker la, persatuan penjual apel la, persatuan pengusaha mee-mee claypot la, sukarelawan bomba la. Di sini punca kuasa bangsa Cina. Kita punca kuasa UMNO kat mana??? UMNO, Belia 4B, MAYC, MBM. Kalau UMNO goyang, tinggal lah persatuan-persatuan yang dah lesu tuh. Berapa ramai yg joint mende2 tuh??? Sepatutnye kita galakkan kewujudan NGO2 nie. Biar kecil dan setempat. Tak yah gah-gah nak buat satu Malaysia. Kita sponsor mereka. Biar mereka handle sendiri persatuan tuh tanpa campurtangan kita. Jangan la kita laks yg gile nak jadik pengerusi la, penasihat la. Biarkan mereka. Contohnye, kelab Proton Perdana. Berapa ramai membernye??? Kita bukan 100% sponser persatuan-persatuan tuh. Diorang pun banyak duit la. Just sponser sikit-sikit bile depa mintak. Mana yang patut la biar nampak kita prihatin ngan depa. Contohnya cam sponser dinner ker....bila nak konvoi sponser bilik ker....marshall ker etc. Kelab Satria lak berapa ahli diaorang??? Ramaiiiiiii..... Kelab Harley....kelab Remote Control (RC Car)...kelab paintball??? kelab playstation gamers??? Nie semua punca kuasa nie. Diorang nie lah pengundi2 kita yang kita dok lupekan. Kalau tak menyusup, kita buat sendiri. Bila kita encourage orang tubuhkan NGO, pastikan ianya berkaitan dengan keperluan kawasan setempat. Baru la menarik minat masyarakat. Tapi jangan kita lak sebok2 pegang jawatan. Biar mereka. Buat kecik2 pun tak pe....janji banyak persatuan. Baru la banyak sokongan untuk UMNO. Bila UMNO sentiasa berdamping dengan diorang, baru UMNO RELEVANT.
2. Stiker UMNO nie mana pegi daaaaa. Nak pilihanraya baru nak buat ke. Pembangkan dah banyak dah n dah lama dah buat stiker-stiker nie. Belambak kat moto-moto, kereta-kereta, lori-lori. Kat kapalterbang jek belum. Cube bayangkan lah, kalau kita tengok stiker PAS masa turun rumah n naik rumah kat satu moto nie hari2. Satu tahun ada 365 x 2 (pagi n petang) = 730 kali setahun...tak ke lama2 dalam minda kita gambar imej bulan hijau jek yang kita nampak. Makan Bulan Hijau, tido Bulan Hijau, Mandi Bulan Hijau, kerja pun Bulan Hijau. Silap2 masa nak mengundi kita orang UMNO pun nanti tersalah undi laks pasal asik ingat Bulan Hijau. Kita sepatutnya memperbanyakkan pemakaian stiker nie kat moto n kereta. Kalau diorang tak nak tampat....galakkan. Adakan pertandingan tampat stiker cam petronas buat tuh. macam shell buat tuh....Cube perhatikan sampai la nie berapa juta yg dok tampal stiker tapi tak tangak2 lagi sampai abis pertandingan. Pikirkan la sat. Lambang nie imej laaaaa......Kalau Kelantan tuh penuh ngan lambang UMNO...pandang kiri UMNO...pandang kanan UMNO....pandang depan UMNO...pandang belakang UMNO......tak gentar Tok Nik Aziz??? Belum masuk pilihanraya umum pun dah ngelabah dah org-org PAS Kelantan. Bayangkan kalau kita perang bawak 1000, lawan bawak 100,000....gentar tak??? Terra tak terra tuh belakan kire la tapi gentar tetap gentar bang. Haaaa itu la motifnye...kite kene nampak cam harimau garang. Bukan Beruang demam. Jadik tak jadik belakang kira la. Janji semangat depa hilang. Bila hilang semangat baru la keja tak jalan. N kita pun akan naik semangat. Yang atas pagar nie, selalu ikut yang kuat. Bila kita nampak kuat, InsyaAllah diorang ikut kita.
3. Wujudkan syarat2 yang kene merujuk kepada UMNO peringkat cawangan, atau bahagian. Contohnya pinjaman tekun hendaklah di sokong oleh Ketua Cawangan UMNO, nak mintak bantuan buku pinjaman kene mintak sokongan sekurang-kurangnya ketua pemuda cawangan...nak pinjaman mara kene sokongan ketua bahagian...nak bantuan ibu tunggal kene sokongan ketua wanita....nak dapat biasiswa kene sokongan ketua puteri, nak rumah PPR jumpe pemimpin UMNO, nak bantuan itu ini kene mintak sokongan kita org UMNO. Tapi pastikan bila kita sokong, kene sure lulus. Baru la UMNO relevant. Baru rakyat ingat kite? Walaupun jasa tu satu, tapi bile tiba masanya nak mengundi, yg satu tuh la jadik pertimbangan mereka. Kita kene buat camtuh untuk pastikan UMNO sentiasa relevant dengan cara kita mendampingi mereka dan mereka memerlukan kita. Kalau masing-masing tak memerlukan masing-masing, itu yang UMNO jadi tak revelant. Tapi kita pemimpin jangan la amik kesempatan.
4. Apa lagi yek???? Sebenarnye banyak lagi....tapi la nie tak sempat nak tulis. Nanti la, aku try sambung lagi. Nie banyak idea nie, tapi masa mencemburui ku....heheheheh...korang pun kalau ade idea bagitau la ek....kita kongsi sama2. Kongsi bukan hanya untuk UMNO tapi untuk bangsa kita....bangsa Melayu tercinta.
4 ulasan:
tu diaaaaa... politician dah bersuara!!! *LOL*
aper yg u membebel ni bad oiiii...
u've got the point..i am agree wif some of it..bravo bro!
thanx ..n0Wa..
satu suara merupakan satu kata. kalau banyak suara, ia akan menjadi satu budaya. so lets voice our mind. lets the revolution begin.
Catat Ulasan