Isnin, 12 Januari 2009

My Political Journey - The Beginning

UMNO - United Malay Nation Organization atau dalam bahasa Melayunya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. Parti keramat nie. Parti nie aku dah lama ikut dah. Sejak zaman aku kecik-kecik dulu selalu ikut nenek aku kat kampung dulu. Pasal masa tuh nenek aku Ahli Majlis Daerah Jasin. So slalu la ikut dok dengar ceramah n kempen. Bile dok KL laks, ikut mak aku. Dok la gondoh gandah ikut dia gi kempen la, dengah ceramah la, meeting la, function la dan macam-macam lagi. So kalu nak ikut memang dah jadik darah daging la UMNO nie ngan aku. Kalau nak cerita pasal sejarah UMNO, perghhhh tak cukup blog nie nanti. Takut korang bosan laks. Kalu nak gak masuk la web UMNO. So la nie aku citer jek la apa kaitan UMNO nie ngan aku. Masuk VI pun UMNO tolong, masuk ITM pun UMNO tolong, dapat study loan pun UMNO tolong. So maner ler aku tak sayang ngan UMNO nie. Jadik, untuk balas jasa UMNO kat aku nie dan memastikan generasi akan datang dapat apa yg aku dapat, masa umur 18 tahun, aku pun berdaftar ler jadik ahli UMNO. Kengkawan aku yg memula masuk skali jadik ahli UMNO ngan aku ialah Jef Hazrul Nizam (Ijam), Farzwa De Attaher Emir (DJ fuzz) dan Russel Ruslan. Time tuh tahun 1995. Masuk-masuk jek aku terus bertanding Ketua Pemuda Cawangan Jalan Syed Putra, Bahagian Seputeh, Kuala Lumpur. Heheheheh. Skali menang da....jangan mare. Mase tuh bodoh-bodoh lagi. Aper ler yang aku ngan kengkawan tau. Yang aku tau maser tuh Hisham Majid (Datuk Hisham Majid) lawan Mustaffa Kamal untuk jawatan Ketua Pemuda. Tiga tahun lepas tuh aku bertanding AJK Pemuda UMNO Bahagian Seputeh. Menang laks. Aku pernah ler jadik AJK UMNO Bahagian Seputeh masa zaman Tengku Adnan jadik Ketua UMNO Bahagian. (YB Datuk Sri Tengku Adnan). Tak lama sekejap jek, dalam setahun setengah. So itu ler cerita nyer. La nie aku nak tunjuk ini ler kengkawan aku yang memula masuk UMNO. Dalam gambar nie (Clockwise Jep, Luth [lum masuk lagi UMNO, tengah pikir camn nak pujuk dia] aku and Farzwa [tengah menonggeng]. Russel nyer gambo takde. Nanti aku carik and uploadkan). Itu 14 tahun nyer cerita.

La nie aku nak cerita sekarang nyer cerita. Sabtu 25hb Oktober 2008, aku bertanding Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh. Ada 4 calon. (Sila tengok gambar disebelah dari kiri ke kanan) Nayan, Annuar, aku and Ghazali. Punye ler susah aku nak bertanding. Dalam 6 bulan sebelum hari pertandingan macam-macam yang terjadik. Perghhhh.....Allah s.w.t jek la yang tahu. Punye ler seksa. Nasib baik la ader bantuan kawan-kawan rapat aku yang bertungkus lumus. Kalau takde Fera, Azhar, Amir, Azlan, Tajul, Irwan, Shazwan, Awi (calon Ketua Pemuda), Rubi, Basiron, Khalid, Sham Rock and Zul teruk gak aku nak buat kempen.
(Yang kat atas nie cambor calon-calon Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh. Dari Kiri ke kanan Razlan, Tonet dan Awi.)
Yerla...beberapa minggu sebelum bertanding, aku ranking last sekali. First Nayan, second Ghazali, third Annuar and aku last sekali. Tapi berkat doa ibubapa, isteri, keluarga serta kawan-kawan, Alhamdulillah aku MENANG. Heheheheheheh. Keputusan pertandingan : Badrul - 38 undi, Nayan - 31 undi, Ghazali - 29 undi and Annuar - 17 undi. Malangnya calon Ketua Pemuda aku (Awi) kalah daaaaaa. Keputusan untuk Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh : Razlan - 68 and Awi - 46. Tonet laks tak cukup pencalonan untuk bertanding. Tapi, seksa-seksa bertanding, sekse lagi lepas menang. Pergghhhh tanggungjawab beb. Banyak tanggungjawab kene buat dan function nak kene gi oooooo. Jadik pemimpin bukan leh dok lepak goyang kaki glamer jek. Kengkadang ganti Razlan pasal dia tak dapat datang function. So dengan rela hati aku pun menjalankan lah tanggungjawab ku sebagai pemimpin. Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi mengundi ku, restu ibubapa, isteri, anak-anak dan keluarga serta doa semua dan akhir kata Selamat menjalankan tugas kepadaku (cheeeewwaaaah) [Gambar dari bawah ke atas : Alfera Aris Dato' Rohailan; Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Seputeh 2008 - 2011; Norazhar Hassan; Gambar rakan-rakan sekempen (Rubi, aku, Awi, Sham Ipoh Timur dan Basiron)]





1 ulasan:

n.i. berkata...

amboi amboi amboi... pandai dia berblog skrang hehehehe... tapi lain kali nak tulis tu, silalah pecahkan isi2 bernas anda kepada perenggan... jenuh orang nak baca...